Nuffnang

DANA PEMBANGUNAN : DAP KECAM KERAJAAN, TAPI SENDIRI TARAK BETUL MAA..




DAP hari ini mengecam peruntukan pembangunan oleh kerajaan persekutuan kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) disalurkan kepada Ketua Bahagian Umno kerana menurutnya perbuatan tersebut adalah satu pengkhianatan kepada rakyat.

Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto (gambar) berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menderhaka kepada 51% rakyat apabila mereka telah mengundi untuk perubahan dan menolak Umno-Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu.

"Amat menjengkelkan apabila 51% rakyat sudah terang-terangan menolak Umno-BN, wang rakyat diserahkan kembali kepada Umno yang mempunyai sejarah 56 tahun pecah amanah kepada rakyat.

"Beranikah Najib menyerahkan kesemua wangnya kepada seorang perompak yang mengamalkan budaya rasuah? Di manakah transformasi Perdana Menteri dan kerajaa, jika ideologi politik kalut masih dipegang sebagai asas hidup BN terutama sekali oleh Umno Baru yang masih mengamalkan politik lama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kasthuri berkata harapan rakyat terus dicabuli oleh satu rejim yang terus merompak dan menyapu hasil pembayar cukai ke dalam kantung mereka sendiri.

Katanya, pendirian ahli parlimen PR adalah peruntukan pembangunan mesti disalurkan kepada rakyat dan bukannya mana-mana parti politik BN supaya ia dapat digunakan bagi tujuan pembangunan dan keutamaan masyarakat di kawasan tersebut.

"Berapa lama lagi Najib dan konco-konconya akan terus menyeleweng dan memboroskan wang titik peluh rakyat marhaen? Kami, ahli parlimen PR berhak untuk mendapatkan peruntukan tersebut secara langsung tanpa melalui mana-mana parti politik BN.

"Pendirian yang menjjijikkan ini sudah lama membarah dan hakikatnya, rakyat jelata terus dianiaya oleh rejim BN yang kalau tak merompak daripada rakyat, tak sah ianya BN," katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapan berhubung penyaluran peruntukan kepada ahli parlimen menyatakan kerajaan persekutuan telah mengagihkan peruntukan sejumlah RM1 juta sejak Mei 2013 bagi semua ahli parlimen, termasuk daripada PR selepas pilihan raya umum lalu.

Namun peruntukan RM1 juta itu dipertikaikan oleh ahli parlimen PR setelah ia terletak di bawah bidang kuasa Pegawai Pembangunan Negeri bagi setiap negeri di bawah pentadbiran PR untuk tujuan pembangunan.

Ceh....Pum Pang..Pum Pang.... Kerajaan Negeri Selangor, Kelantan Dan P. Pinang amacam?


Sebelum ini, Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid menyifatkan keputusan kerajaan negeri menyalurkan peruntukan tahunan kepada semua Adun BN itu sebagai tidak ikhlas.

Beliau berkata tawaran itu juga bukan satu bentuk pendamaian tetapi untuk kepentingan politik agar rakyat memandang rendah kepada Adun BN.

"...jika betul ikhlas dan adil hendaklah diberi jumlah yang sama kepada semua. Ini sekadar melepas batuk di tepi tangga dan seperti ayam bertelur sebiji riuh sekampung," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang dilapor berkata kerajaan negeri bersetuju memperuntukkan RM40,000 setahun kepada setiap Adun BN di negeri itu untuk tujuan pembangunan kecil, bermula tahun depan.

Lim juga dilapor berkata beliau mahu Adun BN menyertai mesyuarat kerajaan negeri kerana bimbang Adun pembangkang terbabit tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP). 

Mengulas lanjut, Jahara yang juga Adun Teluk Air Tawar berkata semua Adun BN mahu peruntukan itu disalur terus kepada pejabat daerah di kawasan mereka.

Ini katanya, bagi membuktikan Adun BN tidak seperti yang didakwa oleh Lim bahawa mereka mengamalkan perbelanjaan tidak bersih selain menggunakan peruntukan untuk kepentingan peribadi.

"Ini satu tuduhan tanpa bukti yang melulu dan amat serius bertujuan menimbulkan persepsi negatif rakyat di Pulau Pinang terhadap semua Adun BN.

Tuduhan ini juga berniat jahat dan mempunyai unsur menghasut serta memutar belit fakta supaya rakyat mempercayai perkara yang sama sekali tidak benar," katanya. 

Beliau berkata, selama ini segala peruntukan kerajaan persekutuan yang disalurkan kepada Adun BN diberi menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan dikeluarkan mengikut SOP sedia ada yang telus. 

"Tidak ada sebarang peruntukan yang disalurkan terus kepada Adun-Adun BN secara peribadi dan kerajaan negeri baru nak buat garis panduan, kenapa perlu buat SOP untuk Adun-Adun BN?" katanya.

YB Kasturi Pattoo ni sebenarnya nak "SMASH" TOKONG GUAN ENG KER???

Hehehe....
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top