INILAH JADINYA KALAU HATI SUDAH TERLALU BUSUK...
Tanpa usul periksa menuduh bukan-bukan kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Abu Jalil.
Hari ini pasar raya Singapura nafi keluarga Shahrizat akan kendalikan pusat beli-belah.
CapitalMalls Asia Ltd hari ini menafikan Farmhouse Supermarkets, didakwa dimiliki keluarga Shahrizat yang akan mengendalikan pasar raya itu di pusat membeli-belah The Star Vista.
Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli semalam mendakwa NFCorp telah menandatangani satu perjanjian sewaan untuk 28 unit dan menjadi penyewa utama di pusat membeli-belah Buona Vista, yang akan dibuka pada suku ketiga tahun ini.
Katanya, berdasarkan kepada purata sewaan untuk ruang komersial di Singapura, pasar raya yang mempunyai keluasan 3,000 kaki persegi dianggarkan akan memperoleh RM2.2 juta setiap bulan.
Jurucakap bagi pemaju hartanah Singapura berkata kepada The Malaysian Insider: "Ia bukan Farmhouse... (Penyewa) merupakan sebuah syarkat besar di Singapura dan mereka akan beroperasi di kebanyakan pusat membeli-belah."
CapitalMalls, yang memiliki dan menguruskan pusat membeli-belah The Star Vista dan lebih 90 yang lain, terlebih dahulu meminta The Malaysian Insider mengesahkan dakwaan dibuat PKR semalam tentang penyewa tidak tepat.
Semalam PKR mendakwa keluarga Shahrizat telah menggunakan dana awam Pusat Fidlot Nasional (NFC) bernilai RM250 juta untuk mendapatkan pinjaman dari dua bank perdagangan untuk membuka pasar raya.
Syarikat penternakan lembu itu diketuai suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail - bekas dekan sekolah sains makanan di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) - bersama tiga anak mereka.
Rafizi mengakui kesilapannya berhubung lokasi pasaraya yang didakwa dimiliki NFC sambil mendakwa, lokasi sebenar pasaraya itu ialah Rochester Mall yang terletak di Rochester Drive, Singapura dan bukannya di Star Vista Mall seperti yang didakwanya semalam.
Biarpun Rafizi hari ini memohon maaf secara terbuka kepada syarikat pemilik pusat membeli belah Star Vista dan juga kepada NFC atas kesilapan fakta itu tetapi nampaknya orang ini belum puas hati.
"(Namun) ia tidak memadamkan pelbagai persoalan yang timbul mengenai pembabitan NFC di dalam operasi pasaraya mewah di Singapura," kata Rafizi.
"Kenyataan Dato’ Seri Salleh Ismail yang disiarkan oleh The Malay Mail bertarikh 29 Februari 2012 juga mengesahkan bahawa NFC tidak menafikan kewujudan pasar raya mewah ini, malah masih mempertahankan hak mereka untuk menceburi apa-apa perniagaan yang mereka rasa sesuai," katanya.
Beliau juga mendakwa Farmhouse menyewa 28 unit kedai di kompleks menara berkembar tersebut.
Lepas itu Rafizi siap salahkan orang lain pulak tu. Menurut Rafizi beliau percaya bahawa kesilapan yang dilakukannya hanyalah berhubung alamat sebenar premis berkenaan manakala maklumat lain yang didedahkannya semalam adalah "tepat."
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....