Nuffnang

YB LUCAH DI FB!! Penjelasan ADUN Paroi



Panasss....layan gambar dan video lucah tu YB. 

ADUN Paroi, Mohd Ghazali Wahid kecewa apabila akaun Facebook beliau diceroboh individu yang dipercayai sengaja mahu menjatuhkan kariernya sebagai wakil rakyat.


Menurut Ghazali, laman Facebook yang menjadi penghubung beliau dengan orang ramai disedari diceroboh sejak tiga hari lalu apabila muncul status asing di wall akaunnya, selain terdapat beberapa video lucah kononnya ditonton beliau.

Akibat itu, ramai pengikut beliau yang mengutuk dan ada antaranya memberi komen sinis.




“Sebaik sahaja saya masuk ke akaun Facebook, saya terkejut dengan dengan status tidak senonoh terpamer di dinding akaun saya. Akaun laman sosial ini dikawal pegawai khas saya selaku admin, dan tidak mungkin perkara sebegini boleh berlaku," katanya.

Berikutan kejadian itu, Ghazali berkata, beliau menutup serta merta akaun Facebook berkenaan bagi melakukan siasatan menyeluruh, sebelum melaporkan kepada polis.




"Saya minta maaf kepada pengikut Facebook saya. Saya minta mereka tidak salah sangka dengan perkara ini kerana ia bukan dilakukan saya sendiri," katanya.

Beliau berasal dari Kampung Batang Rokan Gemencheh Negeri Sembilan dan berkhidmat selama 33 tahun di Telekom Malaysia, Jalan Labu sebagai Ketua Pusat Servis. Menetap di Taman Satria, Senawang selama 23 tahun.



Beliau merupakan seorang yang peramah dan disenangi oleh semua lapisan masyarakat dan seorang yang senang didekati.

Segala permasalahan setempat menjadi perhatian beliau untuk membantu menyelesaikan dan menghulurkan bantuan.

Beliau juga menyandang pelbagai jawatan didalam NGO sebagai Pengerusi KRT Taman Satria, Setiausaha Surau, AJK COMBI Daerah Seremban dan merupakan Ahli Majlis Perbandaran Nilai sebelum memenangi Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Paroi.
Share this article

1 Komen:

  1. da nama lagi BN ... buat nafi ... buat nafi .... :)

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top