Nuffnang

BERSIH!! Penoreh Dipenjara Dan Denda, Tapi "Big Bos" Terus Bersuka Ria





Seorang penoreh getah hari ini dijatuhi hukuman penjara setahun empat bulan dan denda RM5,500 setelah didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan termasuk mencederakan konstabel polis dan wartawan dalam perhimpunan BERSIH 3.0 di ibunegara tahun lepas.




Hakim Mahkamah Sesyen Mahmud Abdullah membuat keputusan itu setelah mendapati pihak peguambela gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh, Mohd Safuan Mamat@Nordin, 26, di akhir kes pembelaan.

Bagaimanapun, penoreh getah dari Terengganu itu hanya perlu menjalani hukuman penjara setahun selepas hakim memerintahkan hukuman itu berjalan serentak mulai hari ini, dan tambahan enam bulan penjara jika gagal membayar denda itu.

Mahmud turut membenarkan permohonan peguam yang mewakili tertuduh, Dr Zulqarnain Lukman bagi penangguhan pelaksanaan hukuman dengan syarat tambahan iaitu jumlah ikat jamin dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM9,000.

Namun, beliau menolak permohonan Mohd Safuan untuk membayar denda itu secara ansuran dan memerintahkannya membayar kesemua jumlah denda tersebut hari ini.

Bagi pertuduhan pertama iaitu merosakkan kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan kon semasa mengambil bahagian dalam rusuhan di Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibunegara pada 3.50 petang 28 April 2012, Mohd Safuan dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM3,000.

Dia dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM2,000 bagi pertuduhan menggunakan kekerasan dengan mendatangkan kecederaan terhadap Konstabel Mohamad Kamil Paiman di lokasi, masa dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan terakhir, dia dijatuhi hukuman penjara satu bulan dan denda RM500 kerana menyebabkan kecederaan terhadap wartawan stesen TV Al-Hijrah Mohd Azri Mohd Salleh, 29, juga di tempat, masa dan tarikh sama.

Terdahulu, Zulqarnain memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan ke atas anak guamnya atas alasan Mohd Safuan secara sukarela telah menyerah diri kepada polis walaupun semasa kejadian banyak individu lain terlibat.

Beliau berkata anak guamnya yang hanya berpendapatan RM500 sebulan juga tidak pernah gagal menghadiri perbicaraan walaupun terpaksa berulang alik dari Terengganu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Haffiza Jemali.

- Bernama
Share this article

1 Komen:

  1. Padan muka.Yg bersalah tetap dihukum.Jgn main2 dgn Perundangan.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top