Nuffnang

DEMO @Putrajaya : 50 Orang Serbu Kementerian Kewangan!!




SEBAHAGIAN pelabur Skim Bestino berkumpul di hadapan pintu utama Kementerian Kewangan, semalam.


Putrajaya: Suasana di luar pekarangan Kementerian Kewangan (MOF), di sini semalam sedikit tegang apabila seorang wanita yang juga salah seorang pelabur Skim Bestino bertindak agresif sebelum mengamuk dan mencetuskan kekecohan.



Difahamkan, wanita berkenaan ingin memasuki bangunan dipercayai mahu membuang air kecil, namun anggota polis yang berkawal tidak membenarkannya atas sebab keselamatan.

Keadaan itu menimbulkan ketegangan dalam kalangan lebih 150 pelabur skim berkenaan yang mula berkumpul di luar pekarangan bangunan kementerian itu dari jam 11 pagi hingga 3 petang semalam.

Bagaimanapun, pertengkaran selama empat minit itu berjaya dileraikan apabila polis akhirnya memberi laluan kepada wanita terbabit untuk masuk ke dalam bangunan yang dikawal rapi daripada kumpulan demonstrasi berkenaan.

Kumpulan demonstrasi itu berhimpun di hadapan bangunan itu bagi menuntut kerajaan melepaskan wang pelaburan RM24.2 juta yang didakwa dibekukan Bank Negara Malaysia (BNM).

Setiausaha Bahagian Pengurusan Kewangan Strategik MOF, Datuk S Kumaran ketika ditemui berkata, kementerian tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan BNM mengeluarkan wang berkenaan kerana ia tertakluk kepada keputusan mahkamah.

Beliau berkata, kementerian perlu mengikut undang-undang yang sudah ditetapkan memandangkan kes itu sudah menjadi kes mahkamah dan pelbagai prosedur perlu dilalui.

“Kementerian sentiasa mahu menolong mana-mana pihak yang berada dalam kesusahan termasuk nasib 6,764 pelabur Skim Bestino ini, namun ia perlu mengikut prosedur dan undang-undang yang ditetapkan.

“Jika pelabur Skim Bestino ini memerlukan khidmat guaman, kami juga sudi menyediakannya demi membantu mereka yang tertindas ekoran tertipu dengan mana-mana skim pelaburan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya Superintendan Mak Pak Chuai berkata, pihak polis membuat persiapan awal sejak tiga hari lalu kerana sudah dimaklumkan.

“Kami sentiasa berwaspada kerana di sini adalah pusat pentadbiran kerajaan dan kita tidak mahu ketenteraman awam serta lalu lintas terjejas,” katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top