Nuffnang

AMEKKAU!! Kerana Mulut Badan Binasa, Kerana FB??




Seorang peniaga jualan langsung, N. Murugan, 33, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan bunuh terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam.


Lelaki yang berasal dari Negeri Sembilan dan menetap di Melaka itu hadir di IPD berkenaan pada pukul 9.30 pagi ini.

Dalam kejadian itu, seorang individu yang menggelarkan dirinya Murugan Nagaretinam di laman sosial Facebook menulis kenyataan berbahasa Inggeris iaitu "Can anyone just hire gunman to shoot down this police or IGP?" (Bolehkah seseorang mengupah penembak untuk menembak mati polis atau KPN?")

Kenyataan itu dipercayai dipaparkan susulan kejayaan polis menembak mati dua lelaki dipercayai ahli kongsi gelap Geng 36 di Cheng, Melaka, semalam.

Berikutan itu, satu laporan polis Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini pada pukul 9.35 malam tadi bagi membolehkan siasatan dilakukan pasukan itu.

Share this article

2 Komen:

  1. ada org like plak tu... kalau boleh tangkap sekali yang like tu...heheh

    BalasPadam
  2. Itulah kasi muka sangat dah berani sampai tahap nak ugut ahli kerajaan,
    ia lesong besi yang sokong pun patut di siasat.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top