Nuffnang

Suara Anak Muda : DS Najib Dah Takde Orang Lain Ke?



Seperti semua sedia maklum, DS Utama Rais Yatim merupakan antara Ahli Parlimen yang pernah menganggotai barisan kabinet dalam tempoh yang lama sehinggalah pada PRU 13 yang lalu apabila nama beliau digugurkan daripada senarai calon yang bertanding. 


Walaupun begitu, jasa dan kepakaran beliau tetap ditagih oleh YAB Perdana Menteri apabila dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Ingatkan setakat itu sahaja, rupa-rupanya DS Rais kini dilantik pula sebagai Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Persekutuan bertaraf Menteri.

Apa citer ni PM? Cukup-cukuplah sikap "Mengenang Budi" tu. Kalau iye pun menghargai dan berterima kasih kepada sahabat-sahabat seperjuangan, tak perlulah sampai dilantik ke suatu jawatan bertaraf menteri.

Apa dah kurang sangat ke calon kat Malaysia ni yang berkaliber dan intelektual yang boleh dilantik ke jawatan itu? 

Cukup-cukuplah "nostalgia" lama tu. Dan anak-anak muda telah membuktikan pada PRU13 yang lalu bahawa mereka mahukan "perubahan". Tak kan tak sedar-sedar lagi. Pelantikan ini seolah-olah menolak dan tidak mengiktiraf kehendak anak muda. 

Bukan untuk menidakkan "kepakaran" serta "kebolehan" DS Rais dalam perkara ini, tapi rasanya lebih baik dilantik YB-YB yang telah dipilih oleh rakyat pada PRU13 yang lalu. Masih ramai lagi yang ada. Jangan sampai anak muda semua menolak setiap tindakan YAB Perdana Menteri. Cukup-cukuplah.

Share this article

2 Komen:

  1. kau buat taik nk tolong buat apa? busuk punya orang..campak lombong pn ikan mati, menyusahkan pulak hidup buat apa?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top