Nuffnang

FIKIRKAN : Oh Namewee - Lemahnya Melayu?


Salah satu babak awal dalam filem terbaru Kara King arahan Namewee menunjukkan cubaan merasuah polis yang gagal, kemudian Namewee memusingkan badannya untuk membuang air kecil di mana air kencingnya terkena pula pada pakcik dan makcik yang berbangsa Melayu, yang ketika itu sedang menunggang motosikal.





FIKIRKAN

Apa yang ingin disampaikan oleh Namewee terhadap babak ini? Rasuah dan air kencing (kurang ajar) kepada orang Melayu, adakah ini sememangnya budaya orang Cina di Malaysia?




Dan yang "BAGUS"nya pula, lihat kenyataan oleh Pengerusi LPF, Datuk Raja Azhar Abdul Manap yang berbangsa Melayu :

Raja Azhar mengulas,”Air kencing itu secara tidak sengaja terpercik kepada pasangan Melayu itu. Ia satu komedi. Ia menunjukkan sikap pelakon utama dan tingkah laku buruknya. Tidak ada apa-apa yang berbau perkauman mengenainya. Sebab itu kita benarkan adegan itu.


Dan kalau kita mengimbas sedikit suatu masa dahulu :

"Masyarakat Cina berubah menjadi penyokong DAP sejak 2005 apabila naib presiden Umno pada waktu itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menghunus keris dalam satu mesyuarat Pemuda UMNO".


Inilah kenyataan rasmi Ketua biro pendidikan politik DAP merangkap MP Kluang, Liew Chin Tong dalam Malaysiakini bertarikh 27 Jun 2013.




Cuba fikirkan, adakah dengan perbuatan menghunus mahupun mencium keris sudah cukup melambangkan tindakan provokasi untuk mencetuskan huru hara atau dahagakan darah? Dan bandingkan pula adegan Namewee ini yang kencing pada pak cik dan mak cik Melayu perlu diterima sebagai lawak semata-mata?

Maaf, bukan tujuan menulis artikel ini untuk menimbulkan permusuhan antara kaum, tetapi untuk mengajak masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini untuk lebih rasional dan bertimbangrasa demi menjaga keamanan serta keharmonian yang kita miliki selama ini.

Jangan disebabkan sikap dan tindakan segelintir individu yang bermotifkan keuntungan atau populariti, nilai dan sensitiviti pelbagai kaum dipandang enteng!! Sekali lagi, fikir-fikirkan....
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top