SERBU!! Tarian Lucah Di Medan Selera
Mak aiii... Ni bukan di China, bukan juga di Thailand, tapi di Malaysia. Nasib baik telah dapat dikesan dan dibuat serbuan, kalau tidak......ntahlah. Cuma tidak dapat dipastikan perkhidmatan GRO ini telah digunakan sejak bila.
Keasyikan sekumpulan tonto yang diupah mengawasi satu medan selera di Jinjang Selatan, di sini, yang menawarkan perkhidmatan pelayan pelanggan (GRO) menyaksikan wanita warga China membuat persembahan mengghairahkan menyebabkan mereka tidak menyedari kehadiran pihak berkuasa membuat serbuan, kelmarin.
Dalam serbuan jam 10.45 malam itu, 15 wanita warga China, lapan wanita warga Indonesia, dua wanita warga Myanmar dan seorang lelaki warga China ditahan Jabatan Imigresen Putrajaya kerana menyalahgunakan permit kerja, tinggal lebih tempoh selain tidak mempunyai dokumen lengkap.
Timbalan Penolong Pengarah I (Penguatkuasaan) Jabatan Imigresen Putrajaya, Abdul Malik Bujang berkata, serbuan berkenaan berdasarkan aduan orang ramai mengenai kegiatan pengusaha medan selera itu yang menyediakan khidmat GRO warga asing.
“Ketika serbuan, sekumpulan GRO warga China berpakaian seksi sedang membuat persembahan di atas pentas.
“Mereka cuba lari sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa, namun masing-masing gagal melepaskan diri berikutan premis itu sudah dikepung,” katanya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



bila mata anak mula merah ini mungkin sebabnya

barang kemas rm300 00 hilang warga emas terkejut b...

strict terms for paya mengkuang pig farms to resum...

had baharu pembelian beras putih tempatan bernama ...

remaja lelaki hampir diculik dua individu ketika b...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....