Nuffnang

GENGSTER : KJ Sokong Waythamoorthy Letak Jawatan!!


Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini menyertai barisan anggota kabinat yang menggesa P Waythamoorthy meletak jawatan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.




Khairy berkata, Waythamoorty perlu berbuat demikian sekiranya tidak mahu menggunakan saluran sesuai apabila bertentang pendapat dengan menteri lain.

"Sebagai anggota pentadbiran, kita tidak boleh membuat kenyataan sebagai ketua NGO. Ada saluran untuk memberi pandangan kepada menteri dalam Negeri.

"Tak mahu guna saluran, beliau patut melepaskan tugasnya. Patut tinggal jawatan dalam pentadbiran. Jangan pertikaikan tindakan polis yang telah dipersetujui oleh jemaah menteri.

"Jangan langgar tanggungjawab bersama. Kalau (beliau) buat pertikaian, tak dapat (ikut saluran beliau) harus lepas jawatan," katanya dalam sidang media pagi ini.

Kenyataannya itu selari dengan pendirian dua menteri kanan - Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut menggesa Waythamoorty meletak jawatan.

Gesaan itu timbul susulan kenyataan Waythamoorthy yang tidak puas hati dengan kematian lima lelaki dipercayai anggota kongsi gelap dalam operasi polis di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah bekas ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang turut menyokong pandangan tersebut.

Hmm... Majoriti menteri dan bekas menteri telah bersuara mengenai ketidakpuasan terhadap Waythamoorthy, tapi mereka tidak BERKUASA untuk melantik atau menggugurkan mana-mana menteri pun kecuali YDP Agung dengan atau atas nasihat YAB PM.

Jadi, kepada memanda Perdana Menteri, takkan tidak faham dan jelas lagi kehendak dan kemahuan rakyat? Apatah lagi Waythamoorthy bukan dilantik melalui proses pilihanraya, sebaliknya atas budi bicara dan pemilihan memanda Perdana Menteri sendiri.


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top