Nuffnang

BOM!! Sarjan Tentera Didakwa Bunuh Kerani Sekolah


Akhirnya, seorang anggota tentera berpangkat sarjan didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan membunuh seorang kerani sekolah dalam kejadian letupan bom dalam bungkusan, pada 11 Ogos lepas.



Che Rusli (Tertuduh) Masih Mampu Bertenang dan Tersenyum Kepada Wartawan Ketika Dibawa Keluar Dari Mahkamah


Che Rosli Che Daud, 29, yang bertugas di Batalion 21 Rajimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa, Kota Baharu, didakwa membunuh Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, antara 10 pagi dan 11 pagi, di sebuah rumah di Lot 127, Blok N, Perumahan JPN Kok Seraya, Chabang Empat di Tumpat.

Dia yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan, kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan.

Tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhnan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Adha Amir Yasser Amri.

Mahkamah menetapkan 1 Okt depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan bagi membolehkan pihak pendakwaan menyerahkan dokumen berkaitan kepada peguam.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nor Hamizah Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed.

Dalam Kejadian itu, Mohd Yusrizal yang merupakan kerani Sekolah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai, maut dengan kedua-dua tangannya putus ketika mengambil bungkusan mengandungi bahan letupan yang ditinggalkan di atas sebuah kenderaan pelbagai guna di halaman rumah mentuanya.

Berikutan kejadian itu, polis Kelantan menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat kejadian tersebut yang membawa kepada penahanan suspek.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top