Nuffnang

GILA!! Majikan Tikam Pekerja Kerana Berhenti!!


Gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan pekerjanya yang berhenti secara mengejut, seorang majikan sanggup menyerang dan menikam lelaki berkenaan di rumah mangsa di Bandar Puchong Jaya, di sini, Selasa lalu.




Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa berusia 27 tahun baru pulang dari kerja dan sedang tidur di ruang tamu sebelum didatangi majikannya yang berusia 30-an.

Menurut isteri mangsa, Noraini Wai Abdullah, 28, akibat tindakan gila lelaki itu, suaminya mengalami kecederaan di bahu kanan dan kedua-dua tangan.

“Ketika kejadian, saya sedang menyidai pakaian di ampaian belakang rumah sebelum ternampak lelaki berkenaan masuk dan menyerang suami yang sedang tidur di atas sofa.

“Lelaki itu seolah-olah ‘hilang akal’ apabila menikam suami saya seperti mahu membunuhnya dari belakang,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Noraini berkata, akibatnya berlaku pergelutan antara kedua-duanya sebelum dia berlari bersembunyi di dalam bilik tidur bersama dua anaknya.

“Saya dan dua anak berdiam diri dan menyorok di dalam bilik berkenaan kerana bimbang lelaki itu akan menyerang serta mencederakan kami,” katanya.

Katanya, dia juga nampak suaminya cuba berlari menyelamatkan diri ke arah belakang rumah mereka sambil dikejar lelaki berkenaan.

“Pergelutan masih berlaku kerana suami tidak dapat keluar dari rumah berikutan semua pintu sudah dikunci lelaki terbabit,” katanya.

Noraini kemudian menghubungi rakannya bagi mendapatkan bantuan dan memaklumkan kejadian itu.

“Rakan saya menghubungi polis yang tiba beberapa minit kemudian. Lelaki itu ditahan dan dibawa ke balai polis untuk siasatan manakala suami pula terpaksa dikejarkan ke klinik berhampiran untuk rawatan,” katanya.

Difahamkan, mangsa berhenti kerja di kedai menjual ubat berhampiran rumahnya selepas majikannya gagal membayar gaji. Sebelum itu, mangsa terpaksa membuat dua kerja bagi menampung kos perbelanjaan keluarga.

- Harian Metro


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top