Nuffnang

TERSEKSA!! KANAK-KANAK DISELAMATKAN POLIS DARI TERUS DIDERA



KUALA TERENGGANU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun menderita selama beberapa bulan dicucuh puntung rokok serta seksaan lain di seluruh anggota badan selain dikurung dalam keadaan menahan kesakitan dan dibiarkan kelaparan.

Ketika diselamatkan oleh polis petang semalam, mangsa terus mengadu kelaparan tanpa menghiraukan kesakitan akibat bengkak dan lecur di kedua-dua belah kaki, lebam di seluruh badan termasuk di mata dan mulut selain kesan cucuhan puntung rokok di perut dengan keadaan luka-luka yang sudah dijangkiti kuman.




Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dipercayai di lakukan seorang penagih dadah tegar, Mohd. Shazwan Shari, 26 yang baru 10 bulan berkahwin dengan ibu mangsa yang kematian suami sejak tahun 2011.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan ketika ditemui hari ini memberitahu, ketika pihak JKM dan anggota polis menyerbu rumah berkenaan hanya kanak-kanak tersebut berada di rumah dan keadaannya sangat menyedihkan dengan kesan-kesan luka yang sudah mula bernanah. - KOSMO!

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top