TAMPIN - Seorang pengarah drama tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, di sini semalam.
Pengarah berusia sekitar 60-an itu hadir di IPD Tampin kira-kira 10.30 pagi bagi membantu siasatan berhubung kejadian cabul membabitkan seorang pelakon wanita baru yang dilaporkan berlaku di sebuah rumah rehat, dekat sini.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun berkata, lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis.
"Setakat ini polis sedang menyiasat kes berkenaan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan," katanya di sini, semalam.
Sebelum ini, Laporan insiden seorang pelakon berusia 22 tahun mendakwa jadi mangsa cabul pengarah drama berkenaan heboh di media.
Kejadian itu didakwa berlaku antara Januari dan Februari lalu semasa mereka jalani penggambaran drama 13 episod di bawah arahan pengarah dan juga penulis skrip itu di Air Mawang, Kuala Pilah.
Berikutan itu, pelakon terbabit membuat laporan di Balai Polis Tampin, 19 Jun lalu dan tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang.
- SUMBER
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....