KEJAM!!! MAYAT DISEMBELIH, DICINCANG DAN DIBAKAR!!
KUANTAN - Mayat manusia yang dicincang dan dibakar ditemui di Jalan Pintas dekat Genting Skyway, Genting Highlands petang tadi.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, polis bergegas ke tempat kejadian selepas penemuan itu dimaklumkan orang awam pada kira-kira 4 petang.
"Mayat mangsa yang tidak dikenal pasti itu ditemui di situ, yang merupakan jalan pintas ke Gohtong Jaya kira-kira 1 kilometer selepas bulatan ”U” ke arah Kuala Lumpur.
"Mayat itu dipercayai dikerat kepala sehingga putus dan badannya dicincang sebelum dibakar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, berdasarkan keadaan mayat yang teruk terbakar, polis tidak dapat mengecam jantina mangsa.
Mayat itu dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya. - Bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



allahuakbar baru baru ni ada laporan matahari terb...

nasib ahli perniagaan didakwa pukul pengawal perib...

pmx maklum mahb diserang penggodam tuntut wang teb...

here s how we re helping developers build safer an...

aktif libatkan diri sertai ngo

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....