Nuffnang

MUFTI : SISHA DIHARAMKAN!!



KANGAR -- Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding merokok.

Mufti Perlis Datuk Mursyid Diraja Dr Juanda Jaya berkata mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-11/2013 pada 24 Jun lepas membuat keputusan itu dan surat akan dihantar kepada kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) berhubung perkara itu.


Bercakap kepada pemberita di sini Jumaat, beliau berharap MPK dapat menghalang kegiatan penjualan shisha demi kepentingan masyarakat.

Dr Juanda berkata amalan menghisap shisha bukan sahaja membuang masa tapi memudaratkan kesihatan terutama bagi golongan belia dan remaja.

Menurutnya, langkah pengharaman itu dilaksanakan kerajaan negeri Melaka sejak 2009 dan Perlis juga menuruti jejak negeri itu kerana kegiatan itu didapati membawa kemudaratan yang besar.




Dr Juanda turut menyelar pihak yang memperdagangkan amalan tahlil arwah dan khatam al-Quran untuk mengaut keuntungan peribadi terutama menjelang Ramadan.

Menurutnya, ada pihak yang cuba mengutip wang kononnya untuk dana tertentu dengan menganjurkan majlis tahlil dan khatam al-Quran dengan memohon sumbangan daripada orang ramai.

Sambil menunjukkan contoh borang penyertaan program tahlil arwah dan khatam al-Quran anjuran sebuah badan tertentu, beliau berharap orang ramai tidak akan terpengaruh.

"Tidak salah bertahlil, berzikir dan khatam al-Quran tetapi bukan meletakkan syarat dengan mengenakan bayaran," katanya.

Beliau berharap pihak berkuasa menyiasat penganjur program seumpama itu dan meneliti ke mana wang yang dikumpulkan itu dibawa.


-- BERNAMA
Share this article

1 Komen:

  1. Bodoh punya budak yang kuat hisap shisa,inilah pengaruh arab,iran dan Pakistan yang dipelawa menetap buat bisnes apa entah jadah dan belajar di sini oleh mamakutty Mahathir paria kerala ni.....,hisap shisa tak de kena mengena dengan budaya islam...budaya paria islam kot....orang timur tengah yang buka kedai ni di kuala lumpur kebanyakannya pengedar syahbu dari kawasan golden cresent,ada juga kaldai dadah yang keturunan palestin.(pelarian palestin kena tindas yahudi konon...tulah yang buat kita kesian kena tipu,.duit derma kau orang dia buat macam duit bapak dia sendiri) dan lebanon...malah mereka laundering wang dadah mereka (havala Pakistan)..jadi money changer....bila anda jumpa pelacur Filipina,thai dll dengan orang timur tengah ...memang 99%buat bisnes haram ..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top