Menurut video di bawah, Lim Kit Siang sendiri berkata "Awal-awal lagi DAP ada umumkan kita 100% sokong setuju Islam sebagai agama rasmi di Malaysia."
Sokongan untuk bagaikan jari kelinking bertaut, atau sokong tapi bakal diputarbelitkan, kerana dia tak kata setuju dan sokong Islam sebagai agama persekutuan. Pada dia hanya agama rasmi atau agama ceremony yang sesuai dengan semangat Malaysia adalah negara sekular.
Persoalan ini menjadi releven kerana DAP sering perkata mereka menurut dan mempertahanakn Perlembagaan dan semangat Perlembagaan. Baru Hari Isnin baru-baru ini, ahli-ahli Parlimen DAP seramai 38 orang mengangkat sumpah akan meluhurkan dan mempertahankan Perlembagaan.
Memetik dari blog Putera Merdeka:
Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menyatakan pendirian beliau tidak bersetuju untuk menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Teresa dihadapan Hakim Siti Khadijah dalam perbicaraannya terhadap Utusan Melayu (M) Bhd di Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini.
Ketika perbicaraan, Peguam Mohana Kumar yang mewakili Utusan menyoal Teresa samaada beliau bersetuju ataupun tidak pewartaan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
"Tidak setuju," kata Teresa.
Teresa yang diwakili oleh Peguam Sankara Nair kemudiannya kerap membantah soalan-soalan seterusnya yang diajukan kepadanya.
Saman Teresa terhadap utusan difailkan pada Februari 2009 ekoran dakwanya Utusan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah keatas dirinya.
Soalnya Teresa tak setuju Islam sebagai agama rasmi atau agama Persekutuan? Bolehkah DAP nyatakan pendirian yang sebenar dan jelas kerana jika demikian pendirian teresa, ia bermakna ada kebenaran DAP perjuang Kristian sebagai agama rasmi.
Sementera itu, blogger Putera Merdeka bertanya mengenai pendirian PAS yang setuju dan sokong kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mahu dipertingkatkan menjadi Darul Islam atau Negara Islam yang mengamalkan hukum hudud ala PAS.
Bukan saja rakan mereka tak setuju dengan Darul Islam ala PAS, rakan mereka tak setuju Islam agama Persekutuan dan mungkin sekali kedudukan Islam sebagai agama rasmi.
UMNO yang masih mendokong Islam sebagai agama Persekutuan disumpah seranah, dikafirkan dan didoakan bala bencana, tetapi DAP yang pro sekular hingga kedudkan Islam dalam Perlembagaan pun dipersoalkan walaupun mereka berikrar menyokong dan pertahankan Perlembagaan dan semangat Perlembagaan.
Janganlah nak kata akan pujuk dan tarbyah, DAP dah faham dan mereka wujud dari awal 1960an. Itu hanya alasan yang lemah
Jangan takut Theresa Kok. Makilah Islam kerana abby akan pertahankan hak kamu nak maki.
- SUMBER
Bagus la PAS dok tarbiah pu** mak hang la kat DAPigs.
BalasPadam