Nuffnang

BIADAP!! JALUR GEMILANG DIPERSENDA!! BIAR LAGI??

Pihak berkuasa disaran menubuhkan pasukan khas bagi memburu individu yang bertindak biadab mengibarkan bendera merah putih pada perhimpunan haram di Padang Merbok di sini Sabtu lalu.





Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Perak, Shamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berkata, tindakan mengarak bendera itu boleh disifatkan sebagai melampau dan cubaan untuk mempersenda Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan rakyat sejak turun-temurun.

"Perkara ini serius dan kita tidak boleh biarkan begitu sahaja, semakin lama semakin berani puak berkenaan dan pihak berkuasa harus bertindak tegas supaya menjadi pengajaran kepada mereka.

"Saya berharap pasukan khas dapat diwujudkan untuk menangkap mereka kerana perbuatan tersebut telah mencemarkan nama baik negara selain membuat rakyat menjadi berang,'' katanya dihubungi di sini hari ini.

Kelmarin akhbar melaporkan perhimpunan haram tajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Padang Merbok di sini sekali lagi menyaksikan kebiadaban beberapa penyokong pembangkang mengarak bendera merah putih yang dikaitkan dengan usaha menukar Jalur Gemilang.




Sementara itu, majikan turut digesa mengenakan tindakan maksimum terhadap kakitangan mereka yang menyertai perhimpunan haram Sabtu lalu.

Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, tindakan tersebut wajar kerana perhimpunan anjuran pembangkang itu hanya bertujuan menimbulkan keadaan huru-hara di dalam negara.

"Majikan tidak boleh lepas tangan dengan menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa, mereka juga boleh bertindak dan memainkan peranan dengan menghukum pekerja yang pergi ke perhimpunan tersebut," ujarnya.

"Saya rasa apabila majikan mengambil pendirian tegas, pada masa akan datang perhimpunan sebegini pasti tidak akan mendapat sambutan,'' ujarnya - UM

- SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top