Nuffnang

OPS RAMBO II : FINAL EPISODE (KISAH DARI VETERAN) VAT69 PERJUANGANSEMALAM

Part III: OPS RAMBO II - GHOST PROTOCOL





..... DRAGON yang baru sampai ke “SafeHouse” di berikan taklimat oleh Black Cat di atas semua maklumat yang telah di terima dari Echo dan pergerakan anggota “The Silent Killer’s”. DRAGON memaklumkan bahawa ada perubahan arahan penugasan daripada “Strike Out” kepada “Sniper Option”. Black Cat menerima arahan dan merancang strategi bersama semua anggota untuk melaksanakan arahan tersebut. Maka Team Sniper mula membuat perancangan cara untuk merapati kubu Rizal yang begitu tersusun ciri2 keselamatannya. TInjauan udara yang di buat dengan kerjasama Unit Udara PDRM telah dapat merakamkan beberapa maklumat penting tentang seluruh kawasan kubu penempatan Rizal &The Gang. 

Rizal yang merupakan seorang yang berpengalaman dalam taktikal perang dan mempunyai pengaruh yang kuat dan sokongan dari sebilangan penduduk tempatan yg berasal dari suku Suluk, Bajau dan Jawa (jangan di politikkan pulak pasal isu suku2 ni) Ini telah membantu beliau dalam membina penempatan yang siap dengan pos sentri, 3 buah kelong berbentuk anak panah, menebang pokok2 bakau di belakang rumah agar mudah melihat pergerakan, menutup laluan sungai di belakang penempatan beliau dengan pokok2 bakau yang di tebang dan di tanam semula secara terbalik (ianya bertujuan agar bot2 polis tidak boleh menghampiri dari arah belakang kecuali ketika air pasang sahaja).


BlackCat, Ghost & TomCat serta anggotanya membuat penyamaran sebagai PATI di pasar dan nelayan dalam usaha mengumpulkan sebanyak mungkin info tentang laluan masuk team TomCat dan team Ghost. Kerjasama erat diantara VAT69 dengan pihak Echo dari dahulu lagi telah banyak membantu di dalam urusan komunikasi dan logistik. Sementara anggota Team Assault & Sniper mempersiapkan peralatan hadir seorang lelaki tua bersama Echo 1(Tango Alpha) dan bertubuh sasa. Beliau yg menggunakan kod “SM”… bukannya pangkat Sarjan Mejar tapi seorang “Sea Master”. Memang “respect” sebab SM boleh memandu speedboat dalam kelajuan maximum di malam hari tanpa bantuan lampu spotlights. Pendek kata setiap sudut dan batu @ tiang di sepanjang perairan Sandakan, SM tahu selok belok kedudukannya. 




Begitulah penugasan kumpulan “The Silent Killer” setiap hari membuat penyamaran dan mengumpulkan maklumat serta membuat perancangan serangan dan rehearsal. Untuk mengelakkan daripada di hidu pergerakan dan menjaga moral pasukan … Black Cat telah menggesa kelulusan daripada pihak Bravo Alpha untuk memberikan “final instruction” agar misi ini boleh di selesaikan segera. Akhirnya… Jam 1.00 petang Black Cat di panggil untuk berjumpa dengan “Messenger” dari Kilo Papa November di sebuah lokasi rahsia di Sandakan dengan arahan melaksanakan operasi “Mission Impossible”. Ini adalah kerana Black Cat di arahkan untuk “Tangkap Hidup” Rizal Alih &a The Gang. 

Selepas solat maghrib dan makan malam… Dragon, Black Cat, Ghost dan TomCat memanggil semua anggota kumpulan untuk menyampaikan arahan dan misi “ Mission Impossible”. Semuanya tenang mendengar taklimat dengan semangat berkobar2 sambil terselit bahan jenaka yang di suarakan oleh penglipurlara kami iaitu “Papa Mike”. 

Bermula dari situ… Operasi “Ghost Protocol” yang di rencanakan mula memainkan peranan masing2 oleh semua anggota kumpulan. Selain membuat persiapan persenjataan, perancangan strategi, perincian semua maklumat dan menjalankan raptai serangan seperti yang telah di rancang. Bagi merealisasikan penyamaran, kami telah beberapa kali melakukan raptai latihan bagi memastikan setiap anggota yang terlibat benar-benar dalam keadaan siap sedia untuk melaksanakan tugas yang sememangnya merbahaya dalam misi “Mission Impossible” ini.




Dragon dan Black Cat telah memaklumkan kepada pasukan sahabat di mana projek “Ops Rambo II” telah di batalkan dan mohon bantuan 5 buah kenderaan dari Briged Sabah untuk menghantar pulang pegawai dan anggota VAT69 Komando ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada keesokan harinya. Apa yang menarik adalah berita “Kumpulan Rhoma Irama”(panggilan glamor VAT69 di kalangan penduduk tempatan) sudah heboh di sekitar Sandakan. Anggota kumpulan “Rhoma Irama” pun keluar ke bandar untuk meraikan penugasan di Sandakan seolah2 berita itu adalah benar. 

***Teringat lagi suasana di panggung BDC, pasar Sandakan, ketika minum “milo nai” di Station Bus, kunjungan ke kelab malam untuk berjumpa dgn “Si Kudung Yg Bertongkat” selaku “Menteri Komunikasi Pirates of Sandakan” (dah di “deletekan” rasanya). Semuanya adalah kenangan manis…***

Keesokannya harinya“pilot2” dari Briged Sabah yang datang sehari sebelum berangkat membantu kami menaikkan barang2 ke trak datang dengan berpakaian kemas dan ingin membawa kami ke Kota Kinabalu. Kami yang berpakaian untuk pulang terus menahan pilot2 tadi seperti yang di rancang dan Whistle telah di arahkan untuk memberikan “pilot2” tersebut makan & minum dan mengambil handphone masing2 serta menguncikan mereka di dalam bilik. Ini telah membuatkan mereka semua terpinga2…

Manakala Dragon dan Black Cat mengarahkan semua berkumpul dan membuat taklimat gerakan terakhir dgn memberikan penugasan kumpulan masing2. Setelah semuanya bersiap sedia… bacaan doa selamat di adakan mohon penugasan “Mission Impossible” ini berpihak kepada kami dan moga tiada melibatkan sebarang kematian.




Pasukan The Silent Killer ini dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil:

1 kumpulan Strike/Arrest, 
1 kumpulan Assault/bantuan bergerak merapati sasaran, 
1 kumpulan Sniper yang di tempatkan di pulau yang berhadapan dengan kawasan sasaran.

Setelah selesai taklimat gerakan… semua anggota kumpulan bergerak ke lokasi masing2 dalam keadaan penuh taktikal. Black Cat(selaku Ground Cmdr) dibantu oleh Echo One yang bertindak sebagai penunjuk jalan bersama 5 anggota menyamar dan memainkan peranan sebagai wakil kumpulan yang menyokong pihak pengganas untuk berunding serta berdamai. 

Semua lakunan berjaya menyakinkan Rizal bahawa orang-orangnya yang menunggu di dalam bot yang 1 lagi (yg kononnya pembawa makanan) bercadang menyerahkan bekalan makanan itu kepada kumpulan Rizal sebelum mereka pulang ke kampung.

Rizal Alih yang ketika itu di kelilingi oleh 4 orang Pengawal Peribadi terpedaya dengan lakunan hebat Black Cat dan lain2 bersetuju menerima hantaran bekalan makanan tersebut. Isyarat kepada kumpulan bantuan untuk merapati rumah Rizal di berikan. Semasa bot itu sedang merapati rumah tersebut, Rizal yang tadinya duduk bersebelahan Black Cat bangun menuju ke pintu yang menghampiri anak tangga susur turun ke bot untuk merapati untuk melihat kumpulan yang menghantar bekalan sambil kedua2 tangan memegang rangka pintu rumah tersebut. 

Di ketika ini… 2 anggota yang di tugaskan untuk menjatuhkan tubuh Rizal dari tadi menunggu dengan sabar dan senyuman pabila masa yang sesuai telah tiba. Tanpa menunggu masa yang lama anggota A + B bertindak pantas dengan merempuh tubuh Rizal (ala ahli gusti menjatuhkan lawan) ke dalam bot yang tersedia ada di depan pintu tadi bersama2. Suasana yang tadinya tenang kini telah bertukar tegang dan riuh rendah. Rizal dengan pantas menjerit dalam bahasa Tausug memberi arahan tembak . Rizal yang cuba melepaskan diri dengan menendang dan meronta2 mengakibatkan berlaku pergelutan di dalam bot di antara mereka.

Kejadian yang berlaku begitu pantas… 2 lagi anggota menangkap terdiri dari C + D bertindak pantas tanpa melengahkan masa serentak bertindak menangkap dan terus menggari bapa Rizal yang bersenjatakan parang berukuran 3 kaki panjang. Bapa Rizal melawan dan bertindak ganas serta cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam laut. Bagaimanapun bapa Rizal berjaya juga ditangkap dan di gari akhirnya.

Semuanya berlaku di dalam satu masa yang singkat… dimana berlaku kejadian tembak menembak antara Black Cat dan pembantu peribadi Rizal. Seorang pengikut Rizal yang berada begitu hampir dengan Black Cat terus menembak kearahnya dan sebutir peluru telah mengenai tapak tangan kiri Black Cat dan dengan pantas Black Cat menjatuhkan badan sambil draw pistol yang di sembunyikan di pinggang dan membalas tembakan kearah penembak yang terus melarikan diri ke bahagian belakang rumah. 

Tiba2.. kedengaran bunyi tembakan pistol dari arah kiri dan mengenai kaki kiri Black Cat dan menyebabkan beliau segera terjun ke dalam bot untuk mengecilkan sasaran tembakan.


Melihat keadaan anggota A + B yang masih berhempas pulas untuk menangkap Rizal..Black Cat yang ibarat harimau luka terus menrkam Rizal dan menghentak kepalanya dengan bud pistol dan akhirnya Rizal terkulai layu dan dengan segera mengikat dan membalutnya dengan menggunakan jala-jala ikan yang ada di atas bot itu. Maka Rizal dengan segera di bawa keluar dari kawasan tersebut menaiki sebuah bot untuk di bawa ke Sandakan dan terus ke Balai Polis, Kota Kinabalu. Manakala Black Cat yang terkena tembakan di bawa ke hospital berhampiran untuk rawatan.



Maka berakhirlah kisah legacy Rizal Alih yang di anggap sebagai wira dan di sanjungi oleh masyarakat Sulu di Zambaonga. Begitulah juga kisah bagaimana perjuangan anggota VAT69 Komando yang telah mengambil masa selama 47 hari berada di Sabah ketika itu. Beberapa operasi lain turut di jalankan selepas itu dan aktiviti lanun dapat di lumpuhkan secara total dengan kehadiran VAT69 –The Silent Warrior di bumi Sabah. 

Apa pun nukilan dari admin di sini bukanlah untuk menunjukkan kehebatan VAT69 Komando TETAPI hanya untuk menceritakan kisah2 Perjuangan Semalam buat pengetahuan masyarakat bahawa WUJUDnya sebuah Pasukan Komando Polis di dalam PDRM yang mempertahankan maruah dan kedaulatan Negara. Bukan pangkat, bukan pingat yang mereka pinta.. cukuplah sebuah penghargaan yang ikhlas dan hargailah kemanan yang telah di perjuangkan selama ini. 

Ikuti kisah2 Perjuangan Semalam di page ini akan datang.

Salam perjuangan… 


~ THE END ~





ANDA SUKA DENGAN KISAH PERJUANGAN WIRA2 TERDAHULU?
Jom like Page :




PART 1 : OPS RAMBO - KLIK SINI

PART 2 : OPS RAMBO - KLIK SINI









Share this article

4 Komen:

  1. Kepada semua wira2 Negara jasa dan pengorbanan anda memang tidak ternilai harganya..semoga Allah sahaja yang memberkati anda semua dan keluarga..amin.

    BalasPadam
  2. Pakcik aku PGA. Dia bagitau perjuangan menentang lanun Sulu ni dah lama. Mungkin cerita VAT69 ni salah satu 'perjuangan' yg dia maksudkan.

    BalasPadam
  3. Mengalir air mataku kerana terharu sangat apabila membaca dan mendengar kisah perjuangan pasukan elit PDRM VAT69 ni.. anda adalah wira2 Negara!!!! love u all...

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top