SUBANG JAYA – Berita yang tersebar mengenai pencerobohan semula di Kampung Tandou, Lahad Datu oleh tentera kesultanan Suluk hanya khabar angin dan salah faham pihak tertentu di media sosial.
Berdasarkan sumber terbaru yang diterima dari Kementerian Dalam Negeri (KDN), berita sebenar ialah mengenai kehilangan seorang budak perempuan di Kampung Tangian, Lahad Datu yang didakwa diculik oleh sekumpulan 12 individu.
Kumpulan berkenaan disahkan bukan penceroboh tentera Suluk seperti yang didakwa.
Adik Nurul Zulaikha Abdullah, 14 Tahun didakwa diculik di Kampung Tanagian dalam zon Tanjung Labian, Lahad Datu petang tadi.
Dia bagaimanapun berjaya ditemui anggota keselamatan dalam kawasan kebun kelapa sawit berhampiran.
Khabar angin mengenai pencerobohan semula tentera Suluk tersebar di media sosial petang tadi.
Ada yang mengatakan terdapat pencerobohan semula tentera Kesultanan Suluk ke Lahad Datu.
Namun berita itu telah dinafikan oleh sumber KDN.
12 0rang tu kumpulan apa? kumpulan nasyid???
BalasPadamklu d baca komen ko ni..
BalasPadambole d katakan lucu gakla..
tp jgan la menyamakan 12 org tu dengan kumpulan nasyid..
kan kummpulan nasyid ni bagus..menyampaikan dakwah..
cuba ko samakan dengan satu team bola sepak ka.. band boy ka...
ok sikit..
ni nampak mcm memperlekehkan kumpulan nasyid..
mungkin maksud ko bukan nak memperlekehkan..
tp itula kenyataannya..
#teguran itu mulia
telampau buduh suda ba tu mau samakan sama kumpulan nasyid..
BalasPadam