Ramai yang pasti tersenyum sinis dengan kenyataan yang dicadangkan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Khim untuk mewujudkan rumuh urut mengikut jantina bagi tujuan mengelakkan berlakunya kegiatan maksiat di Selangor.
“Saya ada idea ini… untuk adakan rumah urut (sama jantina) sahaja. (Jika) kamu mohon pusat urut untuk lelaki, seluruh kawasan itu akan dizonkan sebagai zon lelaki. Tiada wanita dibenarkan, walaupun tukang cuci,” katanya.
Menurut Teng, beliau percaya kegiatan pelacuran boleh dibendung jika undang-undang diketatkan dengan menetapkan pengurut lelaki untuk pelanggan lelaki dan sebaliknya.
“Dengan perkara itu, kerajaan negeri dapat membendung isu itu tanpa menghukum pelanggan sebenar kerana aktiviti mengurut sebahagian daripada cara tradisi Asean untuk penyembuhan,” katanya lagi.
Bekas speaker DUN Selangor itu mengambil alih jawatan Ronnie Liu yang sebelum ini dikritik teruk berikutan percambahan rumah urut dan pusat hiburan yang dikatakan tidak terkawal.
Ronnie sebelum ini ketika diminta mengulas menafikan dengan mengatakan sejak tahun 2006, tiada lesen baru premis rumah urut yang dikeluarkan kepada mana-mana pihak. Katanya, premis rumah urut sedia ada masih boleh operasi kerana mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Pihak berkuasa hanya akan mengambil tindakan membatalkan lesen premis berkenaan sekiranya melanggar peraturan.
Namun MCA Selangor telah mendedahkan, jumlah rumah urut di Selangor menunjukkan peningkatan mendadak dari 800 kepada 4,000 sejak pembangkang mula mengambil tampuk pemerintahan dari kerajaan Barisan Nasional.
Malah Presiden Malaysian Beauty Therapy Association, Prof Dr Clara L Chee sebelum ini turut dilaporkan berkata satu peningkatan yang ketara dengan penambahan sebanyak 85% membabitkan rumah urut di Selangor.
Dari satu segi kenyataan Chang Khim itu mungkin bertujuan untuk menunjukan kesungguhan kerajaan pakatan Selangor membanteras gejala maksiat di negri tersebut, namun dari satu segi lain ramai yang merasakan ia hanya merupakan retorik pembangkang semata-mata.
Ini kerana kenyataan yang dikeluarkan itu hanya merupakan kenyataan politik yang bertujuan untuk memujuk hati dan sokongan wakil rakyat Islam dari pakatan khususnya dari Pas agar terus bersama dengan pakatan Selangor.
Cakap-cakap politik sebelum ini bertiup kenyang mengenai tindakan kelompok pemimpin pro-ulama yang melahirkan rasa kecewa dan bosan untuk terus bersama PKR dan DAP. Ditambah dengan kritikan berterusan yang dilemparkan oleh kelompok pro-Azmin turut menyebabkan mereka semakin gusar dengan kemungkinan wakil-wakil rakyat tersebut melompat yang berkesudahan dengan pembentukan kerajaan campuran.
Tindakan mereka yang sebelum ini dilihat sering menindas Pas telah menimbulkan banyak rungutan dari ahli parti dan penyokong parti itu. Malah beberapa pemimpin Pas juga terpaksa ‘dikorbankan’ sebelum semata-mata untuk memenuhi desakan dan tuntutan mereka.
Kesimpulannya DAP Selangor pada hakikatnya lebih takut untuk berdepan dengan kemungkinan yang dinyatakan tadi berbanding menangani isu ini secara serius. Ini kerana mengasingkan rumah urut mengikut jantina tidak menjamin pengurangan aktiviti maksiat, malah bakal menyebabkan gejala sosial yang melibatkan LGBT semakin berleluasa di negara ini.
Namun apa yang pasti, keputusan Chang Khim sudah pasti akan memeranjatkan penguasaha rumah-rumah urut yang sebelum ini telah memberikan undi kepada pakatan pembangkang. Sama-samalah kita tunggu kesudahan episod ini, sama ada berakhir dengan penguatkuasaan undang-undang atau satu lagi drama dan sandiwara pembangkang untuk menipu rakyat.
- SUMBER
Memang patut urut ikut jantina.sy sendiri tak urut org lelaki kecuali suami jadi tak adalah salah laku antara tukang urut Dan pelangan.tepuk Dada Tony selera.
BalasPadamMemang patut urut ikut jantina.sy sendiri tak urut org lelaki kecuali suami jadi tak adalah salah laku antara tukang urut Dan pelangan.tepuk Dada Tanya selera.
BalasPadam