SIASAT SEGERA!! BUKA TUDUNG SYARAT TERIMA JURURAWAT DI PAHANG!!
KUANTAN -- Kerajaan negeri Pahang akan menyiasat dakwaan kononnya mereka yang ditemuduga untuk jawatan jururawat di sebuah hospital di Kuantan dipaksa menanggalkan tudung sekiranya mahu diterima bekerja.
Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Pahang Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata Selasa, perkara berkenaan (menanggalkan tudung) tidak pernah dijadikan syarat oleh mana-mana majikan di negeri ini sebelum ini.
"Perkara itu perlu dikaji dari banyak sudut termasuk dari segi kesahihan laporan berkenaan.
"Apa pun sekiranya berlaku, itu merupakan satu perkara yang amat dikesali, kita kena menjaga hak sensitiviti agama, jangan diusik," katanya ketika kepada pemberita di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas "surat pembaca" dalam sebuah akhbar hari ini yang mendakwa anak saudara penulis berkenaan dipaksa menanggalkan tudung sekiranya mahu diterima bekerja di hospital itu.
-- BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



rebut peluang hebat di laman sendayan 2 sebelum te...

orodesign platform jual beli emas fizikal yang ter...

hidup bukan perlumbaan fokus pada diri sendiri

jessc feat fauziah latiff tak terpisah chord

the new 2026 corvette facelift has an upgraded int...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
betul....anak saudara saya pun mengalaminya....kalau nak keje kat sini,u kene pakai skaf sahaja....kata si penemuduga,,,,,tapi anak saudara menolak....byk lg keje lain katanya....
BalasPadam