Nuffnang

HORMATI HAK BELIA MASA KINI?




Apabila sebut belia mesti semua orang akan fikir orang muda yang usianya 20-an. Sebenarnya golongan belia adalah antara usia 15 tahun hingga 40 tahun. Namun pada tahun lepas Kementerian Belia Sukan (KBS) mencadangkan menetapkan had umur baru belia di Malaysia bermula 15 hingga 30 tahun berbanding sehingga 40 tahun sebelum ini. Penetapan ini dilakukan bagi menyesuaikan had usia belia di negara ini supaya lebih setanding dengan usia belia masyarakat antarabangsa.

Malah dengan penetapan terbaru ini dilihat sebagai satu inisiatif menunjukkan bahawa belia yang lebih muda berupaya berdiri setanding dalam memberi pendapat dan keputusan yang besar untuk negara. Perubahan ini adalah positif kerana memberi impak yang besar dengan perubahan keadaan sekeliling dan fenomena ini bukan saja berlaku di negara kita malah di luar negara. Belia belasan umur mampu berfikir diluar kotak dan mampu mencipta sesuatu yang lebih inovatif serta berfikiran kreatif.


Jika dilihat secara kasarnya penetapan usia belia ini adalah untuk melahirkan belia yang matang pada usia lebih muda. Untuk pengetahuan semua had usia 15 hingga 30 tahun ini bersamaan dengan had usia belia di negara Komanwel dan beberapa negara jiran. Penetapan ini adalah sebagai persediaan kerajaan untuk menjadikan negara kita menjadi lebih maju dengan anugerah pemikiran yang matang dari belia-belia yang sentiasa mahukan perubahan. Cara belia sekarang berfikir sudah tidak sama dengan cara pemikiran orang lama. memang banyak percanggahan pendapat antara belia dan orang yang lebih tua namun generasi ini lah yang akan menentukan masa depan negara.

Belia memerlukan ruang dan peluang untuk menunjukkan potensi diri mereka. Maka dengan itu mereka sering mengekspresikan bakat-bakat mereka tak kira dalam bidang apa pun terutamanya dalam memberi pendapat. Kebiasaannya golongan belia mahukan perubahan kearah kebaikan dan pada mereka pendapat orang lama sudah tidak relevan dengan epredaran masa. Contohnya penggunaan gajet dan internet. Ornag lama masih bersandarkan pada media semasa seperti akhbar, tetapi belia kini bersandarkan pada portal dan alatan elektronik yang memberi pelbagai maklumat. Belia juga berharap diberi peluang untuk mendukung amanat bangsa dan negara selain menitik beratkan agama sebagai perkara utama.

Kehendak belia masa kini amat berbeza dengan dahulu. Jauh berbeza dengan golongan yang lebih berusia seperti ibu bapa serta golongan berusia 35 tahun dan keatas dari pelbagai aspek. Bukan hanya dari segi pemakaian, gaya bahasa, penampilan dan gaya hidup, tetapi lebih kepada cara berfikir. Contohnya zaman belajar. Ramai belia yang masih dalam pengajian universiti memilih untuk kahwin pada usia yang muda. Belum habis belajar tetapi sudah ada pasangan hidup. Jika dahulu orang tua kita menitikberatkan belajar sampai habis baru lah berkahwin apabila sudah ada kerja yang tetap.

Namun kini belia tidak menjadikan perkahwinan sebagai satu halangan kerana status tersebut tidak menghalang mereka dari meneruskan pengajian. Malah antara mereka berpendapat bahawa perkahwinan memberi ketenangan dan semangat untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Tanggungjawab kepada pasangan sudah tentu dapat dilaksanakan walaupun sibuk dengan pelajaran asalkan pasangan masing-masing faham situasi mereka. Nah, in ilah pendapat belia kini yang memilih untuk menamatkan zaman bujang mereka di usia awal. Tidak dinafikan ramai antara mereka berjaya dalam hidup dan bahagia.

Ada juga belia yang memilih berkahwin awal untuk menjaga anak di rumah. Pilihan ini yang paling minor sekali kerana memilih untuk berkahwin pada usia muda semasa pengajian. Setelah mendapat ijazah, dan rezeki mendapat anak mereka memilih untuk tidak bekerja dan hanya tinggal di rumah. Cara pemikiran sudah berubah secara terang-terangan. Menjadi bekas graduasi tinggal di rumah bukanlah sesuatu yang memalukan keluarga tetapi ianya telah menjadi satu pilihan oleh wanita yang bergelar ibu dan dipandang murni serta dihormati. Ini adalalh pendapat bagi orang yang terbuka mindanya kerana sebagai bekas graduan mereka boleh mendidik anak-anak jauh lebih baik sebelum dihantar ke sekolah. Ada juga segelintir yang berpendapat ditakuk yang lama masih memandang seorang ibu yang mempunyai ijazah tetapi tidak bekerja dan membuang masa bertahun-tahun untuk mendapat segulung ijazah.

Seperti yang dikatakan bahawa belia kini mempunyai pemikiran yang jauh bezanya dari orang lama. Pilihan seperti contoh diatas untuk tinggal dirumah bukanlah sesuatu yang salah kerana ada antara mereka sebenarnya melakukan kajian peningkatan dan pembesaran kanak-kanak. Sehinggakan ibu-ibu muda yang mempunyai ijazah ini tertarik dengan bidang tersebut. Mereka membuat pendapatan sendiri dengan menubuhkan ‘daycare’ secara berdaftar. Dan kejayaan ibu muda belia ini boleh dijadikan sebagai contoh kepada ibu muda yang lain. Jangan pandang mereka sebagai seorang yang berpelajaran tetapi tinggal dirumah hanya membuang masa. Buangkan fikiran kolot dan pasti akan temui sesuatu yang menjadikan kita lebih menghargai mereka.

Satu lagi perkara apabila sekarang kerajaan dihujani dengan lambakan graduan ijazah hingga ada beribu-ribu yang masih tidak mendapat pekerjaan. Terpaksa bekerja dalam bidang lain yang berbeza dari apa yang telah mereka pelajari. Namun inilah hakikatnya berlaku apda masa kini. Belia mengambil inisiatif dengan menjadikan perniagaan sebagai satu cara untuk meneruskan hidup dan juga menerima pekerjaan yang bukan dari bidang berkaitan.

Tidak hairanlah belia masa kini lebih luas minda mereka dan banyak pengalaman yang mereka pelajari. Contohnya seorang graduan bidang pertanian sekarang sudah menjadi pakar dalam membuat kek dan pastry. Kerana minat dan juga kemahuan untuk berjaya seperti orang lain, dia mengambil inisiatif dengan menghadiri kursus membuat pastry dan hasilnya dia menjadi seorang usahawan. Tidak ada sesuatu kejayaan tanpa perubahan yang dilakukan oleh diri-sendiri untuk teruskan kehidupan di zaman yang mencabar ini. Belia kini lebih terbuka mindanya dan perubahan yang dilakukan mereka tidak semuanya adalah negatif. Mereka berani mencuba.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top