Nuffnang

AHMAD MASLAN : Kehadiran Tun M Boleh Sebabkan Suasana Luar Kawalan


KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dijemput ke program isu-isu semasa yang dianjurkan secara terbuka oleh UMNO kerana ia boleh membawa kepada satu suasana di luar kawalan.
Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan berkata, pihaknya telah mempelajari kesilapan yang berlaku sewaktu program ‘Nothing2Hide’ yang terpaksa dibatalkan pada saat akhir kerana kehadiran Dr Mahathir.

“Ia akan jadi lain kalau tokoh-tokoh tertentu berada di tempat seperti ini. Ini seperti forum Nothing2Hide, kalau buat macam tu di tempat (terbuka) seperti ini, ia takkan menjadi.

“Kami telah belajar daripada kesilapan lalu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penerangan Perdana 1MDB, TPPA dan Bajet 2016 pada Sabtu.

Jelas Ahmad, lebih baik jika negarawan seperti Dr Mahathir berjumpa dan berbincang sendiri dengan pihak berkenaan jika ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai sesuatu perkara.

“Mungkin beliau boleh panggil Arul Kanda atau Arul Kanda sendiri boleh tawar diri untuk bertemu dengan Tun M.

“Saya rasa pertemuan rasmi atau peribadi dalam kelompok kecil tidak jadi masalah, itu terpulang kepada 1MDB atau Arul Kanda untuk putuskan,”katanya.

Dalam pada itu, Ahmad juga mengakui program Majlis Penerangan Perdana 1MDB, TPPA dan Bajet 2016 menerima sambutan di luar jangkaan dan menyifatkannya sebagai sebuah program yang berjaya.

Ujarnya, pada 28 November ini, satu lagi forum yang hampir sama akan dianjurkan bertajuk ‘Kaedah Menangani Kos Sara Hidup Rakyat’ disifatkannya sebagai forum yang lebih dekat dengan masyarakat.

SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top