Nuffnang

KELANTAN : Amaran PAS Buat PAN!!


KOTA BHARU, Sabtu – PAS mengingatkan Parti Amanah Negara (PAN) supaya tidak campur tangan dalam Kerajaan Kelantan kerana pentadbiran sekarang tiada cacat-celanya, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Katanya, pentadbiran kerajaan negeri sekarang masih berteraskan Islam, manakala kepemimpinan sekarang diwarisi daripada Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat yang sehingga kini sudah mencecah 25 tahun.

“Saya tidak nampak perlunya pihak lain untuk menggantikan PAS di Kelantan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu ketika mengulas kenyataan Presiden PAN, Mohamad Sabu yang mahu menggantikan PAS mentadbir Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), nanti.

Beliau berkata, kepemimpinan PAN tidak perlu menggantikan pentadbiran sekarang kerana mereka sudah mengetahui dasar dan perjuangan PAS sendiri.

“Jadi tidak perlu campur tangan di Kelantan. Biar PAS yang mengendalikan kerajaan. Kalau nak campur tangan pun, berilah kerjasama.

“Kalau setakat kekurangan atau kelemahan semua pihak ada kekurangan. Yang penting sekarang, Kerajaan Kelantan masih dengan dasar Islam,” katanya.

Bagaimanapun, Takiyuddin berkata, demokrasi membenarkan mana-mana pihak untuk menyertai politik.

“Jika mereka tetap berkeras juga untuk mengambil bahagian campur tangan dalam politik di Kelantan, silakan.

“Kita berada di padang yang sama rata. Kita berlawan dan kemudian serah kepada rakyat untuk menentukannya,” katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top