Cipta beg ‘James Bond’ lengkap dengan kamera sulit bertujuan merakam video curi wanita berpakaian seksi.
Itu antara kegiatan tidak senonoh seorang lelaki gila seks yang diberkas selepas dikesan cuba merakam video seorang akauntan wanita yang sedang memakai skirt.
Sumber polis berkata, lelaki berusia 30 tahun itu menyembunyikan kamera berkenaan di dalam beg sebelum berpura-pura memegangnya.
“Kegiatan lelaki itu disedari mangsa yang sedang menaiki eskalator di sebuah pusat beli belah di Kelana Jaya, di sini, bersama teman lelakinya jam 5 petang kelmarin.
“Mangsa mengesyaki sesuatu tidak kena selepas menyedari suspek sengaja menyentuh punggungnya dengan beg dibawa,” katanya.
- SUMBER
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....