Nuffnang

KAUM PENDATANG : Pandangan Anda Dengan Kenyataan Najib Ini?


“Maka hari ini jangan kita gelar mereka sebagai pendatang kerana tindakan itu seolah-olah mereka ini tidak dianggap sebagai saudara yang mempunyai kewarganegaraan. Saya percaya kalau kita menolak sebarang fahaman keterlaluan, itu asas yang cukup baik untuk negara,’’ katanya.
Seluruh rakyat digesa agar berhenti daripada menggelarkan mana-mana kaum di negara ini sebagai pendatang bagi menjaga sensitiviti serta keharmonian masyarakat majmuk yang terjalin sejak sekian lama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan itu jika dilakukan menampakkan se­olah-olah kehadiran kaum tertentu di negara ini tidak dianggap sebagai ‘saudara yang mempunyai kewarganegaraan’.

“Ini bererti kita mesti menjaga perasaan semua kaum. Apa yang sensitif pada mereka jangan kita nyatakan kerana masyarakat India hari ini banyak berjasa kepada negara dengan ramai dalam kalangan mereka sudah bergelar doktor, peguam selain terlibat dalam pembangunan industri getah yang cukup penting kepada negara sejak sekian lama.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 pengunjung yang mengha­diri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2015 di Dataran Kulim di sini hari ini.

Yang hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Kehadiran Perdana Menteri dan isteri nyata ditunggu-tunggu dengan hadirin setia menanti dalam hujan renyai sejak dari pukul 6 petang bagi menyambut ketibaan kedua-duanya yang tiba kira-kira pukul 9.30 malam.

Utusan
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top