Nuffnang

TUN MAHATHIR : Penyokong Kuat Politik Berasaskan Kaum


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan penghalang terbesar kepada politik bukan berdasarkan perkauman di Malaysia, dakwa seorang pakar akademik.

Prof James Chin dari University of Tasmaniadalam tulisanya di sebuah buku berjudul Malaysia Post-Mahathir: A Decade of Change? yang akan dilancarkan tidak lama lagi memberitahu bahawa dalam dekad selepas persaraannya, terdapat sedikit keraguan bahawa Mahathir masih melihat dirinya sebagai penimbang tara muktamad politik di Malaysia. Bagi beliau, Malaysia milik Umno, Umno dengan kesan peninggalannya.”

“Beliau adalah penghalang utama kepada sesiapa sahaja di Malaysia yang mahu memecahkan tembok sistem politik berasaskan kaum.

“Pada pandangan Mahathir, beliau melihat dirinya sebagai satu-satunya ahli politik yang mencipta Malaysia dan model beliau berasaskan ketuanan Melayu, adalah satu-satunya model yang digunapakai di dalam negara ini.

“Mahathir adalah salah seorang penyokong kuat politik berasaskan kaum di Malaysia dan tidak menganggap diskriminasi kaum terhadap rakyat bukan Melayu sebagai satu masalah.

“Bagi Mahathir, Ketuanan Melayu adalah asas politik Malaysia dan kestabilan politik di Malaysia. Pada pandangan beliau, gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Najib bukan sahaja melemahkan Ketuanan Melayu tetapi memberi harapan palsu kepada masyarakat bukan Melayu bahawa mereka mungkin mendapat kesaksamaan politik,” kata Prof Chin dalam tulisannya di buku tersebut.

Buku tersebut yang disunting Prof Chin dan Prof Joern Dosch dari Universiti of Rostock, Jerman mendakwa sesetengah rakyat Malaysia mula menolak atau bersifat ambivalen terhadap identiti kaum.

Persekitaran sosio-politik Malaysia digambarkan sebagai ‘dibina mengikut prinsip perkauman’ manakala etnik telah menjadi rangka kerja dominan untuk mentafsir masyarakat dan politik di Malaysia.

Buku berjudul Malaysia Post-Mahathir: A Decade of Change akan dilancarkan pada Isnin di Universiti Sunway.

Ia diterbitkan oleh syarikat penerbitan Marshall Cavendish International (Asia) Private Limited yang berpangkalan di Singapura.

SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top