Nuffnang

AGENDA LIBERAL : Adakah NOW Perjuangkan "Zina Ok, Nikah Tak Ok?"


Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), sebuah institusi yang ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1952 aldalah berorentasikan  ekonomi dan kebajikan. 


Hasil keuntungan yang dijana melalui aktiviti pembangunan ekonomi tanpa sebarang pergantungan kepada geran kerajaan digunakan untuk menjayakan pelbagai program kebajikan, termasuklah Skim Kecemerlangan Pelajar (miskin) Nasional – SANTUN melibatkan lebih 5,200 orang pelajar miskin dan anak yatim yang cemerlang.

Baru-baru ini, YaPEIM telah dikritik teruk kerana menganjurkan program "Simposium Perdana Paris: Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahawanan dan Pengurusan" pada Disember tahun lepas. 

Akmal Nasir, salah seorang pengarah esekutif NOW tergamak menyoal,"Apakah rasional menganjurkan kursus perkahwinan untuk pelajar?" 

Lumrahnya, pelajar-pelajar kita di barat belajar pendidikan Islam secara formal hanyalah setakat ketika di sekolah dahulu. Dengan bekalan pengajian agama sekadar itu sahaja, adalah sukar untuk mereka menghadapi cabaran kehidupan di barat. Tidak ramai asatizah kita yang tinggal di sana, dan ini lebih menyukarkan bagi para pelajar untuk mencari tempat bertanya dan belajar perihal keagamaan. Jika dibiarkan mereka merujuk kepada orang luar, tidak kita ketahui sejauh mana kebenaran pegangan agamanya. 


Dan kebetulan permintaan terhadap kursus tersebut datang daripada para pelajar SANTUN yang sedang melanjutkan pelajaran di Paris, jadi persoalan sama ada kenapa Paris di pilih tidak lebih daripada retorik dangkal berniat jahat semata-mata?!

Yang lebih membimbangkan pada usia muda belia sebegini, ramai di antara para pelajar juga akan mula terjebak dalam dunia percintaan. Dengan cara hidup bebas tanpa pengawasan ibu, bapa dan saudara-mara, ditambah pula dengan kehidupan suasana barat yang meraikan kebebasan untuk berzina dan bersekedudukan, teramatlah perlu bagi mereka untuk menghadiri kursus sebegini.

Dalam kursus tersebut para pelajar didedahkan tentang tanggungjawab, peranan, dan hak yang perlu dipenuhi oleh kedua-dua pasangan sebelum berkahwin, cabaran semasa hidup berumah tangga, dan selepas perkahwinan terbatal (bab cerai dan rujuk). Para pelajar akan mempelajari ilmu-ilmu berkenaan rumahtangga, termasuklah hukum hakam fardhu ain dan fardhu kifayah yang berkaitan, dan urusan ekonomi rumahtangga. Mereka perlu faham bahawa terdapat checklist yang perlu dipenuhi sebelum berumahtangga dari segi fizikal, mental, kewangan dan pendidikan agama, mudah-mudahan perkahwinan mereka kelak bahagia dan berkekalan.

Sekiranya mereka sudah bersedia dalam semua segi dan sudah sampai jodoh, insyaAllah kursus perkahwinan ini bakal memudahkan urusan mereka untuk bernikah. Terdapat perbezaan dalam pengurusan prosedur perkahwinan di perantauan dan mungkin bakal mengelirukan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan di sana. llmu ini amatlah penting untuk mereka pelajari. Pelajar-pelajar yang telah menyertai kursus ini juga boleh menjadi tempat rujukan bagi membantu sahabat dan kenalan lain yang ingin berkahwin di perantauan, meskipun mereka tidak berpeluang untuk memanfaatkan ilmu itu pada perkahwinan mereka sendiri.

Adakah tidak rasional bagi pelajar-pelajar miskin diperantauan menghadiri kursus perkahwinan seperti yang telah diusahakan oleh YaPIEM sehinggakan NOW sanggup "memutar-belitkan fakta untuk menfitnah?"

SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top