Nuffnang

DIDESAK LEPAS JAWATAN : Nurul Izzah Hina Kedaulatan Negara Dan Pejuang Yang Terkorban Di Lahad Datu!!!


Ini satu penghinaan kepada pejuang-pejuang negara yang terkorban semasa mempertahankan kedaulatan negara. Apatah lagi sesetengah daripadanya dibunuh dengan kejam tanpa belas ihsan. Apa motif sebenar Nurul Izzah?

Gambar menunjukkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bersama Puteri Sultan Sulu, Puteri Jacel Kiram menjadi tanya selepas ia diviralkan di media sosial.


Sehubungan itu, Naib Presiden PKR itu didesak menjelaskan gambarnya bersama Puteri Sultan Sulu untuk mengelak pelbagai spekulasi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, perkara itu merupakan isu sensitif dan Izzah sewajarnya tidak membiarkan orang ramai membuat membuat spekulasi yang tidak betul.

“Benda itu (bergambar dengan Puteri Sultan Sulu) memang sensitif. Nurul Izzah perlu sahkan gambar itu dan memberikan penerangan. Jangan bagi orang tidak membuat spekulasi yang tidak betul.

“Dia kena jelaskan sebab benda ini dah jadi viral,” katanya di Parlimen pada Khamis.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli enggan mengulas lanjut mengenai gambar Izzah dan Jacel tersebut.

“Kena tanya dia (Izzah)..saya tak tahu apa-apa mengenai perkara itu, saya tidak berada di sana. Saya bukannya suami dia,” jawabnya ringkas.


Gambar Izzah dan Jacel bertarikh 9 November lalu yang kelihatan mesra mencetuskan tanda-tanya orang ramai.

Kesultanan Sulu menjadi sensitif kepada negara ini selepas peristiwa berdarah melihatkan pencerobohan bersenjata kumpulan dari Selatan Filipina di Lahad Datu pada 2013 yang mengorbankan beberapa anggota keselamatan negara.

Suara rakyat SABAH :

Saya cuma mahu Nurul Izzah sedar, apakah perasaan ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden itu bila melihat Nurul Izzah bergambar gembira dan berbual mesra dengan anak dalang yang membunuh suami dan bapa mereka?

Apakah perasaan anak-anak Arwah Koperal Salam Togiran yang lehernya hampir putus dikelar pengganas Kiram?

Apakah perasaan isteri Arwah Sarjan Baharin Hamid yang dicacatkan dengan otak dan mata kanannya dicungkil keluar daripada tengkorak?

Maafkan saya kerana terpaksa menyebut nama-nama arwah wira-wira yang terkorban ini. Saya memang teramat marah sehinggakan tulisan ini pun tidak mampu menzahirkan perasaan saya!

Bagaimanakah seorang rakyat Malaysia mampu tersenyum bergambar dengan anak musuh negara kita ?

Nurul Izzah, saya tidak akan sesekali memaafkan kamu. Saya yakin rakyat Sabah juga begitu. Bagi kami, kamu adalah rakan kepada musuh kami. Tapi kami tidak sampai hati menjadikan kamu musuh kami. Bagi kami, kamu hanyalah seorang pengkhianat!

Jeff Ali Tating

19 November 2015, Kota Kinabalu
Share this article

1 Komen:

  1. Oh, tahu pulak si pondan pukimak fizi tu cakap anak sundal raja liwat tu bukan bini dia....tapi bab isteri PM, bukan main habat pondan pukimak fizi ni jaga tepi kain orang.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top