Nuffnang

SPRM : Buku Tulisan Ezam Dan Sapto Ketengahkan Rasuah Dari Perspektif Islam


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan sebuah buku berkaitan rasuah menurut perspektif Islam dikenali "Islam and The Issue of Corruption" di sini hari ini.

Buku setebal 150 muka surat itu ditulis oleh Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan, Mohamad Ezam Mohd. Nor dan penasihat Kementerian Sosial Indonesia, Sapto Waluyo.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, buku tersebut diterbitkan adalah untuk mendidik serta memberi kefahaman yang lebih jelas mengenai rasuah dengan mengetengahkan tauladan dan kisah nabi serta para sahabat.

"Buku itu juga akan menjelaskan mengenai transformasi SPRM sebagai sebuah agensi anti rasuah di Malaysia.

"Buku yang diterbitkan dalam dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris akan diedarkan di semua pejabat SPRM di seluruh negara sebelum penghujung tahun ini,"katanya ketika ditemui selepas majlia pelancaran buku tersebut di sini hari ini.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top