Nuffnang

BERITA SEDIH: Tawanan Rakyat Malaysia Dipenggal Abu Sayyaf


Berita sedih buat Negara. Satu kepala yang terputus dari badan dipercayai milik tebusan rakyat Malaysia, Bernard Then dijumpai berhampiran bangunan majlis perbandaran di Pulau Jolo pada Selasa malam, demikian menurut pegawai polis di selatan Filipina.

Ketua Polis Jolo, Major Junpikar Sitin memberitahu bahawa seorang pekerja pembersihan menjumpai satu kepala di dalam karung dengan tulisan “Bernard Then Ted Fen” di Marina Street di Jolo kira-kira pukul 8.30 malam Selasa.



Beliau berkata mereka segera mengepung kawasan itu dan kemudiannya mengambil kepala berkenaan untuk pemeriksaan pada kira-kira pukul 10.30 malam.

“Kita telah menyerahkan kepala itu kepada pasukan petugas tentera untuk ujian pemeliharaan dan DNA,” katanya.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memberitahu mengapa jurutera kelahiran Sarawak berusia 39 tahun itu dihukum sedangkan rundingan pembebasannya sedang berlangsung.

“Kami masih menyiasat,” katanya sambil menambah bahawa hanya ujian DNA dapat menentukan kematian Then.

Sementara itu, Komander Kumpulan Petugas Bersama Sulu Brigadier, Jeneral Alan Arrojada mengesahkan jurutera 39 tahun itu dipancung sekitar jam 4 petang di kubu kuat Abu Sayyaf di Jolo, Filipina.


Kejadian itu berlaku seminggu selepas mereka sebelum ini membebaskan seorang tahanan Thien Nyuk Fun, pengurus restoran Ocean King Seafood yang diculik bersama Then.

Sementara itu, Apec ke-23 akan bermula esok, yang kebetulan akan turut membincangkan isu serangan pengganas di Paris pada Jumaat lalu.

Dalam perkembangan yang sama, sumber keselamatan tempatan berkata, kumpulan pengganas melakukan tindakan kejam itu selepas cuba melarikan diri dalam pertempuran dengan tentera Filipina di Perkampungan Bud Taran, Indanan, Kepuluan Jolo.

Difahamkan pertempuran itu tercetus ketika tentera Filipina cuma masuk ke kubu kuat kumpulan militan untuk menyelamatkan mangsa culik termasuk Then yang dilaporkan ditembak mati sebelum dipenggal.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Twitter berkata pihaknya belum dapat mengesahkan nasib Then.

Katanya, pihak berkuasa Filipina dilaporkan bertempur dengan kumpulan penculik di Pulau Jolo, petang tadi.

“Pihak berkuasa Filipina dilaporkan bertempur dengan penculik di Pulau Jolo, petang tadi. @PDRMsia belum dapat sahkan nasib Bernard, rakyat Malaysia,” katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top