Nuffnang

SUDAH TERLAMBAT : Kenyataan Media Nurul Izzah Buktikan Beliau PendekAkal?


Akhirnya Nurul Izzah tampil membuat kenyataan media berkenaan pertemuan beliau dengan puteri Sulu, Jacel Kiram. Anak sulung Anwar itu terpaksa mengakui kebaghalannya lantas memohon maaf. Persoalannya, adakah permohonan dan kekesalan Izzah ini benar-benar ikhlas sepertimana yang dinyatakan atau sekadar mengaburi rakyat Malaysia amnya dan keluarga-keluarga pejuang kita yang terkorban?

Terpulang kepada pembaca sekalian samada menerimanya atau tidak, namun bagi penulis, tindakan Izzah ini ibarat menyimbah garam ke luka yang masih berdarah. Pedih dan kesakitan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.


KENYATAAN MEDIA


Saya sedia maklum kegusaran yang timbul akibat gambar saya bersama Jacel Kiram pada 9 November 2015. 

Di sini saya ingin menegaskan bahawa saya tidak sekali-kali memanggil mesyuarat atau pertemuan dan tidak pernah berkenalan dengan Jacel Kiram. 

Dia merupakan salah seorang daripada 15 tetamu yang dijemput penganjur program, iaitu Council on Philippine Affairs & The Asian Institute for Democracy, pejabat Datuk Bandar Manila dan pejabat Naib Presiden Filipina. 

Semua yang hadir di program tersebut telah bergambar dengan saya sebagai tanda sokongan terhadap laporan Kumpulan Kerja Mengenai Penahanan Tanpa Bicara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation Working Group on Arbitrary Detention) yang menggesa agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan serta-merta. 

Saya tahu dan faham ahli-ahli keluarga patriot dan perajurit yang terkorban akibat pencerobohan Lahad Datu dan rakyat Malaysia amnya cukup terasa dan marah akibat gambar saya dan Jacel Kiram, dan saya berasa amat kesal atas hakikat ini. 

Simpati dan sokongan saya dari dulu hingga bila-bila adalah kepada para perajurit pahlawan negara yang terkorban serta komuniti-komuniti yang masih terkesan akibat konflik ini serta desakan puak pemisah. 

Sebagai seorang Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia yang setia kepada nusa dan bangsa, saya akan sentiasa mempertahan Sabah sebagai sebahagian daripada negara Malaysia yang tercinta. 

Tidak ada apa-apa yang hendak saya sembunyikan, dan saya bersedia untuk memberi kerjasama dengan pihak berkuasa untuk menjelaskan lawatan saya yang dianjur Council on Philippine Affairs & The Asian Institute for Democracy, pejabat Datuk Bandar Manila dan pejabat Naib Presiden Filipina.
Nurul Izzah Anwar 

Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden KEADILAN
21 November 2015
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top