Nuffnang

SEBARKAN!!! Ustaz Kasanova Kahwini 13 Isteri Kini Diburu JAWI


Dengan menyamar seorang ustaz berkelulusan tahfiz al-Quran, Mohd Razis Ismail atau lebih dikenali ‘Ustaz Kasanova’ dipercayai menipu lebih 13 wanita menerusi pernikahan sindiket dan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, kini diburu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Pengarah Jawi Paimuzi Yahya berkata Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 25 Oktokber lepas mengeluarkan waran tangkap ke atas lelaki itu yang gagal hadir bagi menyambung proses jaminannya di Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu.


“Kesalahan yang dilakukannya ialah berkahwin tanpa prosedur yang ditetapkan sama ada dari segi undang-undang dan juga hukum syarak.

“Kebanyakan perkahwinan dan perceraian lelaki ini adalah tidak didaftarkan mengikut undang-undang Malaysia sehingga berlaku penganiayaan dan pengabaian terhadap isteri-isteri dan anak-anak suspek,” katanya pada sidang berita di sini hari ini.

Beliau berkata modus operandi yang dilakukannya ialah membuat penampilan dan perwatakan sebagai seorang ustaz yang mahir ilmu al-Quran bagi mengaburi mangsa dan anggota keluarga mangsa.

“Suspek juga mendakwa masih bujang dan menggunakan gelaran Ustaz Arrozi Abdul Rahman dan Ibnu Ar Razi,” katanya.

Paimuzi berkata pihaknya menyeru orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan perwatakan ustaz yang ditonjolkan suspek yang mangsanya terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai ciri-ciri wanita solehah dan wanita berstatus janda yang mempunyai pendapatan tinggi.

Katanya seorang daripada isteri suspek dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan lima kali sebatan oleh Mahkamah Syariah di sini pada 8 Sept lalu selepas mengaku bersalah melakukan persetubuhan luar nikah daripada tahun 2012 hingga 2015 dan mempunyai dua orang anak hasil hubungan tidak sah bersama suspek.


Suspek sepatutnya hadir di mahkamah sama pada tarikh itu, tetapi gagal menghadirkan diri.

Beliau berkata daripada 13 orang isteri tertuduh yang dikesan oleh pihak Jawi hanya lima yang memberi kerjasama dengan pihak Jawi bagi membantu siasatan.

Paimuzi berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tertuduh boleh menghubungi pegawai penyiasat Jawi, Farah Wahida Zulkiflee di talian 011-32961821 atau talian bebas tol Penguatkuasaan JAWI 1-800-88-1771.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top