Nuffnang

MUKTAMAD : PAS Isytihar Sebagai Pembangkang Di Pulau Pinang


PAS hari ini mengisytiharkan parti itu sebagai pembangkang di Pulau Pinang.

Langkah itu diambil susulan hampir 300 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) daripada PAS dipecat di negeri itu.

Setiausaha agungnya Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah kerajaan Pakatan Harapan itu tidak memberikan manfaat kerana mungkin tiada pengganti bagi membolehkan kelangsungan perkhidmatan kepada rakyat.

Takiyuddin juga berkata tidak dapat dinafikan bahawa PAS bersama Pakatan Rakyat sebelum ini turut menyumbang ke arah kemenangan DAP di negeri itu walaupun hanya mempunyai sebuah kerusi dewan negeri.

Dengan apa yang berlaku sekarang, kata Takiyuddin, PAS akan bertindak sebagai pembangkang di negeri Pulau Mutiara itu.

Bercakap dalam sidang media di lobi parlimen, beliau menafikan akan menyertai Umno, sebuah lagi parti pembangkang di Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Rashid Hasnon semalam menjelaskan anggota PAS yang memegang jawatan dalam JKKK, yang baru-baru ini melepaskan jawatan, sebenarnya dipecat.

Katanya, kekosongan itu akan digantikan dengan anggota parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH), yang juga sekutu baru DAP dan PKR di peringkat kebangsaan.

Rashid berkata kerajaan negeri telah mulakan proses menamatkan perkhidmatan anggota PAS itu kerana mereka tidak dapat melaksanakan dasar-dasar kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang.

Beliau berkata keputusan itu membabitkan 293 anggota JKKK. Setiap jawatankuasa mempunyai kira-kira 15 anggota.
Share this article

1 Komen:

  1. Itulah langkah terbaik yang sepatutnya diambil dari dulu..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top