Dr. Norlela Ariffin (PKR-Penanti) mendakwa, bajet berkenaan tidak inklusif kerana mengabaikan rakyat bawahan terutama penduduk kampung di negeri ini.
Katanya, keperluan penduduk di kawasan pedalaman seolah-olah tidak diberi perhatian oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang menerusi bajet tersebut yang lebih memfokuskan kepada kawasan bandar.
“Daripada apa yang saya dapat lihat, pembangunan ketika ini banyak tertumpu di kawasan pulau berbanding tanah besar.
“Adalah lebih baik jika kerajaan negeri turut memberi tumpuan di kawasan pedalaman seperti Penanti dengan membina dewan komuniti dan meningkatkan sistem pengangkutan awam,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Menurut Norlela, kawasan kampung seperti di Penanti tidak harus diketepikan Kerajaan DAP Pulau Pinang kerana turut mempunyai potensi untuk menjana pertumbuhan ekonomi.
Dalam pada itu, rasa tidak puas hati Norlela tersebut mendapat sokongan Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid (BN- Teluk Ayer Tawar) yang memahami masalah dihadapi ADUN PKR berkenaan.
Sebagai contoh, kata Jahara, masalah banjir di Penanti telah berlaku sejak sekian lama namun masih gagal diatasi Kerajaan DAP Pulau Pinang sehingga kini.
“Saya difahamkan masalah itu berlarutan sejak sekian lama kerana kewujudan banyak kilang haram di situ yang menyumbang kepada masalah banjir dan perparitan,” katanya.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....