Nuffnang

ULTRA KIASU : Mereka Tidak Takut Mati Dan Sanggup "Mematikan" Orang - Pendakwah


Ini bukanlah perkongsian daripada apa yang dikata oleh orang Melayu. Tetapi ia satu pendedahan oleh seorang yang lahir dari keturunan Cina itu sendiri.
Pendakwah popular, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah memaklumkan kepada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu agar tidak membenci kaum Cina,sebaliknya yang perlu dibenci adalah ultra kiasu.

Tetapi bukahkah kesemua orang Cina itu ultra kiasu?? Mengapa perlu menghormati orang Cina jika mereka sendiri tidak menghormati orang Melayu dengan tindakan mahu menjatuhkan pemimpin Melayu-Islam serta memijak gambar pemimpin??

Perkara ini juga telah dibuktikan dengan perhimpunan haram yang telah diadakan pada hujung bulan lepas, dimana hampir 95% peratus peserta yang menyertai himpunan itu terdiri dari kaum Cina.

Ridhuan Tee menjelaskan, seorang Cina itu sama seperti seorang Melayu yang merupakan seorang khalifah Allah dan ianya tida perlu dibenci, tetapi yang perlu dibenci adalah sikap ultra kiasu seorang Cina itu.

Ridhuan Tee berkata. Cina yang menyertai perhimpunan tersebut adalah ultra kiasu yang perlu dibenci kerana telah dipengaruh oleh penganjur Ultra Kiasu yang telah memalukan kaum Cina.

"Menjadi kewajipan kepada kita membantu orang Cina jika mereka kesusahan atau memerlukan pertolongan. Saya amat mengharapkan kita tidak terlalu beremosi selepas Bersih 4.0.

"Jangan benci orang Cina kerana dia Cina. Orang Cina juga adalah makhluk jadian Allah. Mereka adalah khalifah seperti kita juga. Khalifah lebih mulia daripada makhluk lain. Bezanya hanya tidak seagama," kata Ridhuan Tee.

Ridhuan Tee berkata, ultra kiasu ini perlu dibenci kerana demi kuasa mereka ini tidak takut mati dan sanggup 'mematikan' orang lain.

"Watak yang ingin 'dimatikan' adalah Perdana Menteri dan Presiden Pas. Sebab itu, penganjur Bersih 4.0 tidak berasa bersalah ke atas insiden memijak gambar kedua pemimpin ulung ini oleh anak muda mereka.

"Inilah generasi yang dilahirkan oleh ultra kiasu hari ini. Mahukan orang lain mati, mereka sahaja yang hidup dan dapat berkuasa," katanya.

Nampak bukan permainan ultra kiasu ini?? jelas ultra kiasu perlu dibenci kerana mereka mahu merampas kuasa dari pemimpin Melayu demi mencapai kehendak mereka. Janganlah orang Melayu menjadi kaldai ultra kiasu ini yang kini giat mencari kambing hitam untuk mencapai wawasan mereka.

Tetapi ada juga tokoh Melayu kita yang sanggup bersama ultra kiasu ini pada himpunan tempoh hari untuk menjatuhkan perdana menteri... amat memalukan kerana demi kepentingan politik peribadi beliau sanggup bersama ultra kiasu ini. Anda kenal bukan siapa beliau??.

Share this article

1 Komen:

  1. Memang benar bahawa adalah tidak wajar utk membenci semua orang Cina kerana keceluparan beberapa ultra kiasu cina yang lain. Pada hakikatnya membenci mereka yg lain adalah seperti mempertikaikan apa yang Pencipta telah tetapkan didalam suratan takdirNya. Seharusnya kita hanya wajar membenci sikap dan perbuatan mereka tetapi jangan melampaui batas seperti mereka.

    Itulah perbezaan yang paling ketara diantara orang Islam dan orang bukan Islam.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top