Nuffnang

EKTRADISI SEGERA!!! KKMM Gesa Polis Ambil Tindakan Ke Atas Alvin Tan!!!


Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memohon kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Luar untuk segera mengekstradisi blogger kontroversi Alvin Tan ke Malaysia. 

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Jailani Johari berkata Alvin Tan yang kini dipercayai berada di Amerika Syarikat, perlu diesktradisi segera agar tindakan undang-undang boleh diambil ke atas blogger berkenaan, yang baru-baru ini dikatakan menghina agama Islam dengan memuat naik gambarnya dengan tatu bertulis kalimah Allah di paha kirinya.



"Kementerian sebelum ini, melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menulis surat kepada pihak pengurusan Facebook (FB) agar memadamkan imej berkenaan yang dimuat turun oleh Alvin di FB miliknya.

"Kini kita mohon kerjasama PDRM dan Kementerian Luar, kepada kerajaan Amerika Syarikat untuk ekstradisi Alvin supaya blogger berkenaan dapat dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan yang dilakukannya.

"Alvin tahu, selagi dia berada di luar negara, dia akan terlepas dari tindakan undang-undang. Sebab itu kita mahu dia segera diekstradisi agar tindakan sewajarnya dapat dikenakan ke atasnya," kata Jailani.

Beberapa hari lepas, Alvin didapati memuat turun gambar tatu bertulis kalimah Allah di paha kirinya, dan juga kata-kata yang menghina agama dan umat Islam di FB miliknya.

-Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top