Nuffnang

Malaysian Insider Bohong Lagi - Ini Penjelasan SPRM!!!

Fitnah...Bohong, Tipu, Palsu dan entah apa lagi. Tak habis-habis.

“Satu calon berkecuali, dan namanya dikeluarkan daripada senarai,” kata Paul Low tanpa menamakan calon berkenaan.

Kenyataan tersebut sekaligus menepis dakwaan yang dibuat di dalam laporan The Malaysian Insider kononnnya seorang profesor dan C4 yang dijemput telah menolak menyertai panel perundingan pembiayaan politik yang ditubuhkan Putrajaya.

Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) tidak pernah menjemput Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) atau Cynthia Gabrial atas kapasiti peribadi untuk menganggotai jawatankuasa itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low berkata, 16 daripada 19 mereka yang telah dipilih itu telah menyatakan persetujuan untuk menganggotai jawatankuasa itu selepas mesyuarat sulung diadakan.

Manakala dua yang lain ketika ini masih berada di luar negara tetapi sudah menyatakan persetujuan menerima lantikan secara lisan menerusi panggilan telefon.

Menurut Paul Low, jawatankuasa yang dilancarkan pada 28 Ogos ditubuhkan bagi menyediakan satu kerangka kerja dan menyediakan draf undang-undang yang komprehensif berkaitan dengan dana politik.

“Mereka adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin dipilih masyarakat (termasuk tiga pemimpin belia), ahli-ahli masyarakat, ahli akademik dan wakil badan-badan professional.

“Isu yang dibincangkan tidak dipolitikkan tetapi bagi mengekalkan objektif dan membina dengan motif yang bersifat menyeluruh, merangka pelan tindakan pembiayaan yang komprehensif dan inklusif,” katanya.

Jelas beliau lagi jawatankuasa tersebut tidak akan terlibat dan menyiasat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau mana-mana kes kepentingan awam lain yang sedang dijalankan.

Katanya, dalam kes 1MDB, siasatan sudah dijalankan oleh pelbagai institusi, agensi penguatkuasaan dan Jawatankuasas Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top