Nuffnang

RM 8.62 JUTA : Nurul Izzah Tawar Justo Untuk Jatuhkan Najib!!!


Bekas kakitangan Petrosaudi International, Xavier Andre Justo, 49 dalam pengakuannya mendedahkan Nurul Izzah Anwar turut berminat membeli data berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Namun menurut pengakuan warga Switzerland itu, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden PKR bukanlah pembeli berpotensi yang dimahukannya dan mengakui sifat tamak menguasai dirinya dengan meletakkan bayaran tunai AS$2 juta (RM8.62 juta).

Dalam pengakuan itu juga menyebut, Nurul Izzah menawarkan bayaran dalam bentuk kontrak sekiranya pembangkang mengambil alih Putrajaya daripada pentadbiran Najib, namun Justo menolak.

Malah dalam pengakuan itu juga mendakwa Clare Rewcastle Brown yang merupakan Editor Sarawak Report bertanggungjawab menjadi orang tengah atau broker yang membawa Nurul Izzah ke dalam urusan itu.

“Sekitar September 2014, Clare menghubungi saya dan menjemput saya ke Bangkok dan berkata anak perempuan Anwar Ibrahim berminat dengan data itu, namun saya menolak apabila Nurul hanya mahu membayar AS$2 juta dalam bentuk kontrak kerajaan apabila mereka berkuasa dan saya menolak,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Justo juga mendakwa Rewcastle Brown cuba mendekati beberapa pembeli lain, namun ia gagal. Pada Februari, Justo dihubungi Rewcastle Brown dan mendakwa dia bersama Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua telah mengatur penjualan kepada pemilik Kumpulan Media The Edge, Tong Kooi Ong dan pertemuan itu diatur dalam masa terdekat.

Justo dalam pengakuannya turut mendakwa Kooi Ong dan Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Ho Kay Tat dimungkiri. Justo bagaimanapun ditahan oleh pihak berkuasa Thailand ketika menunggu bayaran itu.

Justo ditahan oleh Polis Thailand pada 22 Jun lepas setelah PetroSaudi International membuat laporan yang mendakwa dia telah memeras ugut syarikat itu yang menjadi rakan usahasama 1MDB.

Dalam pada itu, pengakuan Justo turut mendedahkan dakwaan bahawa Rewcastle Brown menolak bayaran daripada Justo kerana menjadi brokernya.

Penolakan itu menurut pengakuan terbabit adalah kerana Rewcastle Brown hanya mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan ia katanya “bayaran itu lebih daripada mencukupi”.

Dalam pada itu, Kumpulan Media The Edge menafikan terbabit dalam konspirasi yang mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Penafian itu dibuat oleh Kay Tat dan Kooi Ong dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam dan mendakwa kepentingan itu dipertahankan hanya untuk mendedahkan keadaan dalam 1MDB serta urusan kewangan dan perniagaannya. 

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top