Nuffnang

Andre Justo : SPRM Sedia Bekerjasama Dengan PDRM


KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM

SPRM SEDIA KERJASAMA DENGAN PDRM BERHUBUNG KES JUSTO

Berhubung laporan media berkaitan dengan pengakuan bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PSI), Xavier Andre Justo, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berpendapat bahawa, memandangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap kes tersebut, maka pihak polis perlu diberi ruang untuk menjalankan siasatan.

Sekiranya PDRM menemui unsur-unsur berkaitan rasuah dalam kes tersebut, pihak polis boleh meneruskan siasatan kerana mereka juga mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan terhadap kes berunsur rasuah.

Namun, sekiranya PDRM berpendapat kes tersebut wajar disiasat oleh SPRM, SPRM bersedia bekerjasama dengan pihak polis serta memohon bantuan pihak polis mendapatkan akses bagi mendapatkan keterangan daripada Justo yang ditahan di penjara Thailand.


DATUK AZAM BAKI

PENGARAH BAHAGIAN SIASATAN
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

11 SEPTEMBER 2015
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top