Nuffnang

BONGKAR!!! Bekas ADUN PAS Dedah Punca Bai'ah Talak 3


Lafaz taklik selepas akad nikah antara lain menyebut apabila suami meninggalkan isteri melebihi empat bulan tanpa sebarang nafkah zahir dan batin serta tanpa redha isteri maka jatuh talak satu.

“Itu syarat ditetapkan bagi memastikan suami tidak mengabaikan isteri. Bagaimana pula bagi seorang wakil rakyat kemaslahatan kepada rakyat dan negeri.

“Bebanannya lebih besar apabila wakil rakyat mengabaikan parti sehingga boleh menyebabkan jatuh sesebuah kerajaan.

“Peristiwa itu berlaku di Perak pada 2009 apabila tiga wakil rakyat Pakatan melompat parti,” kata bekas Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat.

Ketika itu dua wakil rakyat PKR, Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu serta Hee Yit Foong dari DAP mengisytiharkan keluar dari parti sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan di Perak tumbang.

Zainuddin berkata, situasi hampir serupa boleh berlaku di Kelantan pada 2004 kerana PAS dan Barisan Nasional (BN) hanya dibezakan dengan kelelebihan satu kerusi dengan dua undi.

Katanya, selepas PAS menang dengan majoriti kecil terdapat usaha-usaha mahu mengumpankan wakil rakyat PAS dengan wang supaya melompat parti.

“Saya sendiri didatangi orang PAS yang menjadi agen dengan menawarkan wang supaya melompat parti.

“Begitu juga wakil rakyat lain termasuk Datuk Hassan Mohamood, Cikgu Zakaria Yaacob, Allahyarham Datuk Hassan Muhammad dan Allahyarham Buniamin Hamzah.

“Cuba bayangkan kalau tidak kerana baiah sudah hampir tentu kerajaan PAS yang diasas pada 1990 akan tumbang kerana pengaruh material yang begitu kuat,” katanya.

Sebelum ini pelbagai pihak tidak senang dengan biaah talak tiga yang dijadikan syarat setiap wakil rakyat PAS di Kelantan, dengan menganggap menjadikan isteri sebagai mangsa.

Naib Presiden Hal Ehwal Wanita Abim, Fadhlina Siddiq dilaporkan berkata amalan baiah taklik talak tiga dalam parti politik perlu dihapus kerana merupakan penganiayaan kepada wanita.

Zainuddin yang menang tiga penggal di Dun Limbongan sejak 1999 berkata, mereka yang tidak tahu kedudukan sebenar kepentingan baiah tidak perlu memberi kenyataan di media massa.

“Cuba bayangkan kalau jatuh kerajaan PAS pelbagai usaha bagi menjunjung syariat agama akan terbiar begitu sahaja kerana tiada kehendak politik kerajaan.

“Tentunya kita tidak dapat mendengar lagi kuliah pagi Jumaat di Medan Ilmu dan pelbagai lagi program mendaulatkan agama termasuk pelaksanaan perundangan Islam di Kelantan,” ujarnya.

Seorang pegawai agensi kerajaan berkata, tanpa ada baiah dengan lafaz tolak tiga sudah lama kerajaan di bawah kepemimpinan ulama tiada di Kelantan.

“Kita masih lagi ingat ramai wakil rakyat PAS di Kelantan hendak dibeli agen dengan tawaran jutaan ringgit bagi menumbangkan kerajaan PAS pada 2004,” katanya. 
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top