Nuffnang

#PrayForMakkah : 6 Jemaah Haji Malaysia Belum Dapat Dikesan


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, seramai enam jemaah haji Malaysia masih belum dapat dikesan susulan kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, petang semalam.

“Pada jam 4 pagi waktu tempatan 12 September didapati enam orang jemaah haji masih belum dapat dikesan iaitu dua lelaki dan empat perempuan.

“Ketika ini Tabung Haji sedang bekerjasama dengan pihak Muasassah Asia Tenggara bagi mencari jemaah haji berkenaan.

Operasi ini diteruskan sehingga jemaah ditemui dan dikenal pasti,” katanya pada sidang media mengenai tragedi runtuhan kren di Masjidil Haram, di sini, sebentar tadi.

Setakat ini, Tabung Haji (TH) mengesahkan 10 rakyat Malaysia cedera dalam insiden itu. Tiga mangsa kini dirawat di Hospital King Abdulaziz, Hospital King Faisal dan Hospital Annur.

Enam lagi jemaah dirawat di Hospital TH Shisha manakala seorang lagi jemaah yang cedera ringan sudah pun dibenarkan balik ke maktabnya di Maktab 89.

Dalam kejadian itu jam 5 petang waktu tempatan semalam, seramai 107 terkorban manakala 238 jemaah cedera.

Insiden itu bermula dengan ribut pasir dan hujan lebat yang menyebabkan kren tumbang berhampiran pintu As Salam bersebelahan bangunan Sa’ie.

Kren yang tumbang menimpa bangunan Sa’ie dan sebahagian daripada rangkanya jatuh di bangunan Sa’ie berdekatan dengan mataf.

Sementara itu, Jamil Khir berkata, aktiviti Sa’ie kembali seperti biasa selepas pihak Masjidil Haram membersihkan kawasan kejadian dalam tempoh dua jam.

“Pergerakan Sa’ie tidak tergendala, ini kerana Sa’ie ada empat tingkat dan Sa’ei yang terbabit hanya di tingkat atas.

Dalam tempoh dua jam saja kejadian (keadaan) kembali seperti biasa,” katanya. Dalam pada itu, Jamil Khir juga menasihati rakyat Malaysia supaya bertenang dan tidak memburukkan lagi keadaan dengan menyebarkan berita yang tidak sahih.

“Setakat ini kita sudah tempatkan 250 anggota TH bagi membantu jemaah haji di sana dan kerajaan Malaysia akan bantu mangsa sebaik mungkin dengan memberikan sebarang bantuan yang diperlukan,” katanya. 




Berikut senarai nama jemaah haji Malaysia yang cedera dalam kejadian runtuhan kren di Masjidil Haram.

1. ZAINUL ARIFIN BIN ZULKIFLI (36 thn)
BATU CAVES, SELANGOR

2. MAT DERIS BIN MOHD NOOR (62 thn)
BACHOK, KELANTAN

3. FARIDAH BINTI MAT YACOB (46 thn)
BACHOK, KELANTAN

4. RUSIAH BINTI BABA (50 thn)
CHERAS, KUALA LUMPUR

5. NOORDIN BIN WAHAB (59thn)
KUALA TERENGGANU

6. AHMAD MUZAFAR BIN MAMAT@ ADAM (39 thn)
BANGI, SELANGOR

7. MOHD NOR AZMAN BIN HASSAN (44 thn)
CHERAS, SELANGOR

8. FARIDAH BINTI MANSOR (63 thn)
DUNGUN, TERENGGANU

9. MOHD SHARIF BIN MEON (64 thn)
KLANG, SELANGOR

10. ABDUL RAZAK MAHMOOD (61 thn)
TANAH MERAH, KELANTAN

Marilah kita bersama-sama berdoa dan mohon ke hadrat Illahi akan keselamatan semua Jemaah, khususnya Jemaah Malaysia di Tanah Suci.



Nombor untuk dihubungi waris Jemaah Haji :

Bahagian Hal Ehwal Awam & Komunikasi Korporat 
Kumpulan Lembaga Tabung Haji

03-20542132
03-21640436
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top