Nuffnang

HARIMAU MALAYA : 15 Sebab "Amukan" Ultras Memuncak!!!


Bukan hanya kerana kekalahan memalukan kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) minggu lalu, tetapi tindakan Ultras Malaya 'mengamuk' di Stadium Shah Alam pada perlawanan antara Malaysia menentang Arab Saudi semalam berpunca daripada banyak sebab.


Beberapa laman Facebook sejak beberapa hari lepas, termasuk laman rasmi Ultras Malaya sendiri, menyenaraikan beberapa sebab yang selama ini dilihat menjadi isu besar dalam bola sepak tempatan.

Sebab-sebab yang diberikan dilihat lebih banyak berkaitan dengan sistem pentadbiran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).



Antara sebab utama yang mendapat reaksi daripada netizen termasuk:

1. Malaysia tidak pernah lagi layak ke Sukan Olimpik. Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah 35 tahun yang lepas.

2. Malaysia tidak pernah lagi layak ke Piala Asia secara merit. Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia secara merit ialah 35 tahun yang lepas.

3. Malaysia hanya menyertai pusingan akhir Piala Asia sekali sahaja iaitu pada tahun 2007. Itupun kerana Malaysia ialah tuan rumah bersama.

4. FAM membenarkan penganjuran Jelajah Asia Manchester United ketika Piala Asia 2007 sedang berlangsung, sehingga mengundang kecaman FIFA.

5. Pada Piala Asia 2007, Malaysia hanya mampu menjaringkan satu gol namun dibolosi 12 kali, sekali gus menduduki tempat tercorot kumpulan.


6. Pada Kelayakan Piala Asia 2019, Malaysia hanya mampu menjaringkan satu gol namun dibolosi 17 kali, sekali gus terperosok di dasar kumpulan kelayakan, di bawah Timor-Leste.

7. Lawan pertama Malaysia di Kelayakan Piala Asia 2019 iaitu Timor-Leste pernah berada 46 anak tangga di bawah Malaysia dalam ranking FIFA. Kini negara tersebut berada 6 anak tangga di atas.

8. Apabila FIFA memperkenalkan sistem ranking dunia 21 tahun lalu (1993), Malaysia menduduki ranking ke-14 Asia. Ranking Malaysia telah menjunam ke kedudukan ke-33 Asia.

9. Pada tahun 1993, Malaysia menduduki ranking ke-77 dunia, namun kini, ranking Malaysia menjunam ke kedudukan terburuk iaitu ke-169 dunia.

10. Ranking Malaysia kini berada di bawah Bhutan, negara yang pernah menduduki ranking paling corot FIFA.


11. Ranking Malaysia berada di bawah Indonesia, negara yang sedang digantung FIFA dan tidakpun dibenarkan bertanding.

12. Liga bola sepak Malaysia dikategorikan gred ‘D’ walaupun menjalani peralihan selama 25 tahun daripada liga amatur ke liga semi-pro pada tahun 1989, dan kemudian ke liga profesional pada tahun 1993.

13. Tindakan FAM menambah jumlah hari perlawanan pada bulan Ramadan, termasuk tiga hari perlawanan dalam tempoh singkat tujuh hari, untuk membenarkan perlawanan menentang kelab-kelab luar.


14. Sebagai badan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan, FAM didakwa tidak pernah membentangkan penyata kewangannya kepada rakyat Malaysia.

15. Dan terbaharu, kekalahan terburuk Malaysia dalam sejarah bola sepak negara, iaitu 0-10 kepada UAE minggu lalu.

Share this article

2 Komen:

  1. SELAGI ADA KETURUNAN BANGSAWAN, AHLI POLITIK, SELAGI ITULA BOLA KITA JADI HARAMJADAH.

    TAKDA MUKA LAIN KE NAK TERAJU BOLA, DULU PAK, LANI ANAK PULA.

    BalasPadam
  2. Pengurusan FAM sudah tiba masa dirombak besar2an.yg ada wajib letak jawatan.dp peringkat tertinggi hingga yg bawah.dptkan jurulatih luar yg bestatus kelas dunia.utk melatih pasukan kbangsaan
    Usha dptkan pemain yg bersize tegap dan tinggi.purata pemain.kbangsaan ketinggian 5 kaki 10+ in atas dan miliki larian pantas kepantasan 11 saat utk 100 meter.kebwg.skill tinggi.kurangkan gaji pemain bintang yg tak mana semuanya tak setimpal dgn mutu permainan dan kebolihan mereka dsb nya

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top