Nuffnang

HIMPUNAN MELAYU BERSATU : Bukti Cina DAP Dan MCA Dah Mula Goyang?


Apa hal Cina DAPig dan MCA menentang sangat Himpunan Melayu Bersatu? Bila Melayu nak adakan himpunan besar-besaran, dikatanya Melayu cuba mengeruhkan perpaduan kaum. Mereka buat boleh pula? Taik kucing la....


REAKSI DAP DAN MCA

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu tidak mempunyai sebarang kredibiliti untuk bercakap mengenai undang-undang serta tidak layak menghalang orang Melayu mengadakan perhimpunan pada 16 September ini.


Pengerusi Yayasan Murni Aqidah, Datuk Mohd. Aidit Ghazali berkata, tindakan pemimpin DAP itu yang membuat laporan polis untuk menghalang orang Melayu mengadakan himpunan, ibarat menjilat ludah ke muka sendiri kerana himpunan haram Bersih 4.0 yang disokong mereka pada 29 dan 30 Ogos lalu tetap berlangsung walaupun melanggar undang-undang.

“Tindakan ini (laporan polis) hanya menunjukkan bahawa DAP sudah hilang hak untuk bercakap apa yang boleh atau tak boleh kerana mereka semua bukan lagi orang yang layak untuk bercakap mengenai undang-undang kerana himpunan Bersih yang disokong mereka sebelum ini tetap berjalan walaupun jelas melanggar undang-undang.

“Ronnie Liu hanya menunjukkan beliau sebenarnya seorang hipokrit dan beliau patut masuk sekolah semula untuk belajar apa erti patuh kepada undang-undang, baru ada asas untuknya berbicara mengenai undang-undang,” katanya ketika dihubungi.

MCA hari ini menolak Himpunan Rakyat Bersatu yang dikatakan bersifat 'anti Low Yat', dijadualkan berlangsung di ibu negara tidak lama lagi. 


Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata perhimpunan itu yang tidak dikenal pasti penganjurnya, boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian kaum di negara ini. 

"Ia boleh membawa kesan negatif kepada hubungan antara kaum yang telah terjalin," katanya selepas merasmikan Konvensyen Tahunan MCA Wilayah Persekutuan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Wangsa Maju di sini.

Bercakap kepada pemberita dalam bahasa Mandarin, beliau berkata: 

"Kita bimbang perhimpunan itu akan mengeruhkan perpaduan kaum. Bukan mudah untuk membinanya, tetapi dalam masa sehari, sekejap sahaja boleh runtuh. "Oleh itu kita mahu pihak berkuasa menyiasat mengenai perhimpunan berkenaan atas faktor-faktor keselamatan." 

Media melaporkan Himpunan Rakyat Bersatu itu dijadual berlangsung pada 16 September dan 10 Oktober di Bukit Bintang dan Jalan Petaling. 

Perhimpunan itu diadakan sebagai tindak balas dan protes terhadap perhimpunan Bersih 4.0 yang dikatakan mengganggu perniagaan di kawasan tumpuan orang Melayu di ibu kota.



HIMPUNAN MELAYU TERBESAR

Himpunan Rakyat Bersatu yang akan diadakan pada 16 September ini akan menjadi perhimpunan orang Melayu terbesar membabitkan penyertaan sekurang-kurangnya 300,000 orang.


Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Md. Yunos berkata, sebanyak 500 pertubuhan Melayu di seluruh negara telah menyatakan komitmen dan kesediaan untuk bersatu dalam perhimpunan tersebut.

Jelas beliau, mereka akan berhimpun secara aman di lokasi tertentu seperti Bukit Bintang, Petaling Street dan kawasan sekitarnya sebagai membuktikan penyatuan hati orang Melayu dalam mempertahankan maruah tanpa mengira perbezaan fahaman atau ideologi politik masing-masing.

“Walau dengan apa kekangan dan halangan, sekali pun ribut, hujan atau gempa yang berlaku, perhimpunan ini tetap akan berlangsung.

“Kita mengucapkan ‘terima kasih’ kepada perhimpunan haram Bersih 4.0 kerana dengan adanya perhimpunan itu yang banyak membawa slogan penghinaan kepada pemimpin Melayu, me­nyebabkan orang Melayu hari ini bersatu hati menyertai perhimpunan pada 16 September ini,” katanya.

Menurut Jamal, tidak ada sebab mana-mana pihak termasuk pihak berkuasa untuk menggagalkan atau menghalang perhimpunan tersebut kerana perhimpunan Bersih 4.0 yang diisytiharkan haram juga tetap diadakan walaupun jelas sekali mahu menganggu sambutan Hari Kebangsaan.


Tambahnya, keluhan dan aduan peniaga Melayu di kawasan Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka supaya tidak diadakan perhimpunan Bersih kerana menganggu perniagaan mereka juga tidak pernah dihiraukan. Katanya, selama ini orang Melayu begitu bersabar walaupun maruah mereka dicabar dengan penganjuran Bersih 1,2, 3 dan 4 yang penyertaannya dikuasai penyokong DAP.

“Selama ini kita berdiam bukan bermaksud kami tidak marah tetapi kita mendengar arahan pihak berkuasa semata-mata mengikut undang-undang untuk tidak melakukan protes.

“Namun kali ini, kami tidak akan tunduk lagi, kami tetap akan berhimpun. Banyak laporan polis dibuat terhadap perhimpunan ini termasuk oleh pemimpin DAP.

“Kita nak bertanya kenapa mereka perlu khuatir sedangkan perhimpunan Melayu ini dicetuskan daripada tindakan mereka sendiri menganjurkan Bersih yang kotor, yang banyak menghina orang Me­layu,” katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top