Nuffnang

FAKTA ATAU AUTA : Mengapa Cina Dominasi Bisnes IT dan HP?


Cetusan idea! Antara sebab mengapa Industri ICT dan IT (handphone dan komputer) yang berusia hampir 20 tahun di pasaran Malaysia ini gagal di kuasai Melayu. Perbandingan bisnes Cina dan Melayu ada 5, ianya adalah :

1. Business Model (Model Perniagaan yang Efektif);
2. Cost of Doing Business (Kos Memulakan Perniagaan);
3. Ease of Entry (Kebolehmampuan/Kemudahan Menceburi Bidang ini);
4. Economic of Scale (Penguasaan Pukal); DAN
5. Supply Chain (Monopoli Rantaian Nilai).

PERBANDINGAN PERNIAGAAN MELAYU VS CINA 

Contoh MODEL bisnes org Melayu : 

1. Cost of Doing Business.

a. Kos Pelaburan Permulaan - Org Melayu memulakan perniagaan dengan menyewa kedai (shoplot). Harga sewa minima dianggarkan RM3 ribu sebulan. Kebiasaannya Deposit Sewaan adalah 4 bulan (3 + 1). Jumlah keseluruhan adalah RM12,000 (RM3,000 X 4 bulan). 

b. Kos Pembelian Stok handphones pelbagai jenama = RM80 ribu (termasuk smartphone);

c. Kos pembelian Aksesori Handphone dianggarkan RM20 ribu;

d. Modal Pusing (Working Capital) adalah sekali ganda dari kos memulakan perniagaan; DAN

Oleh yang demikian, Kos Minima memulakan perniagaan ini = a + b + c + d = RM212 ribu.

Untuk tujuan itu pinjaman perniagaan (business loan) sebanyak RM250 ribu diperlukan. Pinjaman dibuat dari MARA, TEKUN, AIM atau SME Corp. Grace Period 6 bulan (bayar balik pinjaman dilakukan pada bulan ke 7) dengan kadar 4% faedah (interest rate) utk tempoh 20 tahun. Pembayaran balik pinjaman adalah RM5000 sebulan. RISIKO kegagalan amat tinggi sekiranya pinjaman perniagaan yang tidak dapat dilunaskan dalam tempoh 20 tahun.

Contoh MODEL bisnes orang Cina. 

Perkara pokok/pertama dititikberatkan adalah Penyatuan Bangsa; iaitu Konsep Berjemaah "Satu Hati Satu Bangsa". Modal berniaga adalah perkara ke-2. 

Modal ditaja oleh "tycoon Cina yang membeli barangan secara pukal. Barangan serta Aksesori handphone/komputer diimport dari China dengan kadar harga yang terendah (penguasaan Supply Chain lalu menikmati harga murah Economic of Scale).

Anak-anak Cina yang tidak bernasib baik kerana gagal dalam pelajaran diajar menguasai perniagaan ini. 

Kesemua mereka ini ditempatkan kesemua shopping kompleks diserata negara yang hanya bermodalkan RM2000 sebagai kos permulaan perniagaan. Modal ini digunakan untuk penyediaan Showcase, Mock-up Phone serta katalog handphone dan aksesorinya.

Stok2 handphone, aksesori dan komputer yang ditaja oleh tycoon Cina ini ditempatkan digudang2 diserata negara; contoh Low Yat Plaza dan gudang2 berlokasi strategik dipantai timur, utara dan selatan negara disewa bagi membekalkan stok2 kepada peniaga2 cina disrluruh negara. Kesemua produk ini datang dari SATU sumber rantaian nilai yang dikuasai tycoon ini.

Anak-anak cina ini diberi komisen sehingga 30% bagi setiap penjualan seunit handphone/komputer. Dapat menawarkan pelbagai spec yang tidak dapat ditawarkan oleh peniaga lain. Contoh workshop kereta dapat menawarkan hampir 5 jenis spec (i.e. lampu kereta - original, secondhand, terpakai dan yang baru). 

RISIKO kegagalan bagi setiap anak Cina dalam bidang ini hanyalah RM2,000 berbanding RM250 ribu yang bakal ditanggung anak Melayu sekiranya gagal membayar balik pinjaman perniagaan. 

Dengan ketiadaan konsep sebegini yang dipraktikkan Cina, maka Melayu tidak akan dapat menguasai bidang ini kecuali perniagaan ini dibantu oleh seorang "anchor man" atau tycoon seperti Syed Mokhtar Albukhari.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top