Nuffnang

HINA ISLAM : " I For Idiot" - Kementerian Ditipu Atau Memang Idiot?


Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mengesahkan kementeriannya, Pelancongan dan Kebudayaan secara rasmi telah menarik balik karya seni lukisan "I For Idiot" yang dikatakan menghina agama Islam.





Menurut beliau, ketika pihak penganjur datang kepada kementeriannya untuk memohon permit pameran, mereka tidak menunjukkan kesemua lukisan termasuk karya tersebut.

"Kita tidak tahu mereka menipu ketika dibentangkan kepada Balai Seni Visual kita tidak ditunjuk dengan lukisan seperti itu," kata beliau kepada wartawan selepas merasmikan pelancaran 50 tahun ulang tahun Muzium Negara di Kuala Lumpur.




Tegasnya, kini perkara itu berada dalam siasatan polis.

"Perkara ini sudah dibawa ke pihak polis biar mereka menyiasat hal tersebut, kita tidak akan mengenakan apa-apa tindakan selain dari menarik palik pameran karya tersebut.

"Apa yang penting sekarang karya tersebut sudah digantung dan sekiranya mereka tetap berdegil mempamerkan maka kita tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan lagi tegas," katanya lagi.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top