Nuffnang

PERDANA MENTERI : Sebab-Sebab Mahathir Tidak Lagi Layak Didedahkan!!!


"Tindakan penyokong Dr Mahathir yang mengagungkan keupayaan Dr Mahathir untuk menggalas tugas Perdana Menteri tidak hanya melulu, tetapi mereka juga menggadaikan masa depan negara,".

Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan tidak layak menjadi Perdana Menteri semula kerana didakwa mempunyai rekod perubatan sakit jantung serius.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, mendakwa Dr Mahathir dimasukkan ke wad Institut Jantung Negara (IJN) sebanyak 47 kali dalam tempoh 39 bulan lalu.

Justeru, katanya, tahap kesihatan Dr Mahathir sangat membimbangkan sejak tahun 2015 dengan kekerapan menerima rawatan sebanyak 12 kali; 2016 (25 kali); 2017 (enam kali) dan 2018 (empat kali).

"(Jika) secara purata mengambil kira kemasukan ke IJN selama lima hari, Dr Mahathir dimasukkan ke hospital selama 235 hari.

"Saya tertanya-tanya sama ada Dr Mahathir akan menjelaskan kepada pengundi pada pilihan raya umum akan datang bahawa rekod kemasukan yang saya nyatakan adalah tepat. Sekiranya tidak tepat, apakah fakta yang sebenar?" katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Beliau mengulas dakwaan Pakatan Harapan (PH) yang menamakan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang Pilihanraya Umum Ke-14.

Beberapa minggu kebelakangan ini, banyak pihak berdebat mengenai kesihatan Dr Mahathir termasuk terlalu tua untuk mentadbir Malaysia semula, negara yang sangat kompleks dalam istilah sosial, ekonomi dan politik.

Pembangkang pula mempertahankan Dr Mahathir masih mampu mentadbir.

Tunku Abdul Aziz berkata PH seperti memberikan jaminan jelas mengenai tahap kesihatan Dr Mahathir sebagai lebih baik berbanding individu muda yang berusia separuh daripada usia beliau.

REKOD NAJIB LEBIH BAIK

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berjaya membuktikan kemampuannya mentadbir negara dalam tempoh sembilan tahun sahaja berbanding 22 tahun pencapaian pemerintahan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata Najib cukup berjaya dalam banyak hal dan mencipta legasi jauh lebih baik daripada era sebelumnya.

Beliau berkata, Najib berjaya membina Menara 106 dengan ketinggian mengatasi Menara Berkembar Petronas yang dibina pada era Dr Mahathir; Lebuhraya Pan Borneo lebih panjang dan tanpa tol berbanding Lebuhraya Plus; membina Transit Aliran Massa (MRT) danECRL yang jauh lebih moden serta lebih laju.

Katanya, Najib sangat cekal, komited dengan visi, agenda transformasinya dan tidak berhenti usaha membawa pembangunan serta pentadbiran berkonsepkan 'dahulukan rakyat' ke arah masa depan lebih baik dan lebih hebat lagi.

"Dr Mahathir pasti mengakui bahawa anak didiknya, Najib ternyata muncul lebih baik daripada yang beliau sangka.

"Najib seolah-olah mewarisi kesabaran Tun Abdullah Badawi (Pak Lah), karisma Datuk Seri Anwar Ibrahim (Anwar), ketegasan Tun Hussein Onn dan kelicikan Dr Mahathir serta kebijaksanaan ayahandanya, Tun Razak," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Annuar berkata, antara kejayaan Najib dapat dilihat menerusi pembentangan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2017, yang memaklumkan Malaysia menghampiri status negara berpendapatan tinggi.

Katanya, kejayaan NTP 2017 adalah pendapatan per kapita tahun lalu RM37,700; pendapatan Negara Kasar tahun lalu RM1.32 trilion dan peluang pekerjaan diwujudkan antara tahun 2011 hingga tahun lalu dengan nilai RM2.68 juta.

"Setiap dasar dilaksanakan Najib adalah untuk kepentingan dan keuntungan pelbagai lapis rakyat," katanya.

Annuar berkata, Dr Mahathir terpaksa mengakui hakikat Najib menguasai dan memimpin UMNO dengan lebih hebat dan menguruskan negara lebih baik daripada beliau.

"Kehebatan dan kecekapan Najib yang paling menonjol berbanding Dr Mahathir adalah dalam enam aspek iaitu perpaduan nasional yang utuh; hubungan sangat baik dengan istana dan rating ekonomi lebih bagus.

"Selain itu, Najib memainkan hubungan diplomatik lebih mantap, rizab negara hampir lima kali lebih tinggi dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih berkembang," katanya.

Annuar mendakwa jauh di sudut hati Dr Mahathir pasti mengakui kehebatan Najib, namun beliau tidak mempunyai pilihan.

"Apakan daya, Dr Mahathir tahu beliau sebenarnya tiada pilihan. Hati kecilnya tahu DAP bukan pilihan, Anwar bukan sesuai diberi peranan.

"Dr Mahathir juga amat tahu Mat Sabu hanya sekadar ayam sabungan. Beliau tahu dek lukanya mendalam berpunca daripada pemecatan anak kesayangannya, Datuk Seri Mukhriz daripada jawatan Menteri Besar Kedah tidak lama dulu.

"Dr Mahathir nampaknya lawan tetap lawan sekalipun sudah tiada pakatan, sudah tiada harapan," katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top