Nuffnang

BONGKARRR!!!! 10 Kegagalan Kerajaan Selangor!!!


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, digesa mengakui kegagalannya serta berhenti mencari salah pihak lain bagi menutup kelemahan pentadbiran kerajaan negeri.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, turut mendakwa negeri ini dipalit dengan pelbagai kes salah laku serta skandal yang masih gagal dijawab Mohamed Azmin sehingga sekarang.

"BN Selangor menyenaraikan 10 kegagalan dalam tempoh 10 tahun PKR mentadbir negeri ini, antaranya gagal menyelesaikan penstrukturan industri air serta kekerapan gangguan bekalan air terawat yang menjejaskan 2.5 juta pengguna dan 761 projek pembangunan di Lembah Klang.

"Konsep pendidikan percuma di Universiti Selangor (UNISEL) juga gagal dilaksanakan. UNISEL turut mengalami kerugian kerana gagal menarik kemasukan pelajar yang ramai, manakala dua asrama Yayasan Selangor (YS) di Kampung Pandan dan bangunan YS di Bukit Bintang terus terbiar.

"Selain itu, usaha memartabatkan Islam semakin terpinggir di Selangor selepas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menolak usul untuk memperkasakan Mahkamah Syariah sebanyak dua kali," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Keenam Sidang DUN Selangor, di sini, hari ini.

Mat Nadzari berkata, Kerajaan Selangor turut gagal menyediakan rumah mampu milik yang secukupnya, malah pembatalan sembilan projek `Rumah Selangorku' mengecewakan rakyat di negeri ini.

Selain itu, katanya, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) gagal diuruskan dengan baik apabila fungsi asalnya untuk membina rumah mampu milik ditukar kepada projek perumahan mewah.

"Dalam isu kenaikan harga rumah, pelbagai caj premium tanah dan cukai hartanah yang dikenakan adalah terlalu tinggi. Kos kenaikan ini dipindahkan pula kepada pembeli.

Inilah punca utama kenaikan kos sara hidup peringkat domestik.

"Hari ini kerajaan negeri berbangga dengan pendapatan negeri yang meningkat sehingga lebih RM2 bilion, yang mana hasil premium tanah sahaja mencecah RM1.3 bilion pada 2016, sedangkan ketika di bawah pentadbiran BN, hasil premium sekitar RM300 juta sahaja," katanya.

Dalam pada itu, katanya, keengganan Kerajaan Selangor menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menimbulkan pelbagai persoalan, apatah lagi dengan pelbagai kes salah laku membabitkan pentadbiran kerajaan negeri.

"Kegagalan seterusnya ialah tindakan kerajaan negeri menyerahkan Kompleks Belia dan Kebudayaan di Seksyen 7, di sini kepada pihak swasta dan paling menyedihkan, pasukan bola sepak Selangor dinafikan hak untuk beraksi di Stadium Shah Alam," katanya.

Jelasnya, kerajaan negeri turut didakwa menyokong penganjuran 'Oktoberfest', meluuskan banyak lesen pusat hiburan, rumah urut dan judi serta gagal menyelesaikan masalah sampah dan denggi.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top