Nuffnang

BADUT POLITIK : Mahathir "Tersungkur" Di Kaki DAP!!!


PAKATAN Harapan ter­nyata sudah ketandusan modal menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Setelah manifesto tidak mendapat sambutan rakyat, pendaftaran pula jadi kelam kabut manakala dua negeri di bawah pemerintahan mereka berhadapan dengan pelbagai skandal maka mereka terpaksa mengungkit isu basi bagi menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sudah pastilah sasaran mereka ialah 1MDB kerana itu sahaja modal yang mereka ada untuk memburuk-burukkan kerajaan. Bentanglah apa pun laporan, ­berilah apa pun jawapan, tidak ada gunanya kerana standard politik pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan terlalu rendah.

Mereka bukannya mahu membangunkan negara dan mensejahterakan rakyat tetapi sudah kemaruk kuasa. PRU-14 adalah peluang terakhir untuk mereka memerintah Malaysia. Sebab itulah mereka bersedia menjadi manusia hipokrit.

Kalau benarlah pemimpin Pakatan Harapan terlalu mengambil berat soal berkaitan integriti, ra­suah dan salah guna kuasa serta sanggup menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kenapakah tindakan yang sama tidak dilakukan dalam kes-kes di Pulau Pinang dan Selangor?

Paling melucukan apabila melihat gelagat Tony Pua dan Rafizi Ramli yang bagaikan ‘badut’. Begitu seronok ­menyerang kerajaan dalam isu 1MDB, Felda dan Tabung Haji tetapi terus kecut perut untuk bercakap soal skandal terowong dasar laut di Pulau Pinang dan penjualan tanah di Ijok. Begitu juga portal-portal berita pro mereka.

Oleh itu, tidak perlulah kita menghabiskan masa apatah lagi termakan umpan yang dilemparkan oleh ‘badut-badut politik’ dalam Pakatan Harapan. Biar sahaja mereka ‘meroyan’ siang dan malam dengan mempolitikkan 1MDB.

Berhujah dengan mengatakan isu 1MDB berkaitan kepentingan rakyat adalah alasan politik jahil. Di Pulau Pinang dan Selangor pun terdapat isu dan skandal berkaitan kepentingan rakyat, kenapa tidak bersuara? Tidak payah berbelit-belit bercakap soal 1MDB sedangkan dalam ‘rumah tangga’ sendiri penuh dengan skandal, penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa.

Selain itu, kalau benarlah me­reka berjuang untuk kebenaran, bagaimana begitu mudah mereka menerima kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tidakkah semasa pemerintahan beliau dahulu, wujud pelbagai skandal yang sehingga kini tidak diselesaikan. Dan perlu diingat semua skandal dan kepincangan tersebut didedahkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang sebahagian besar daripadanya sehingga hari ini masih hidup.

Tetapi apa boleh buat Dr. Mahathir sendiri pun sudah menjadi ‘badut politik’ apabila sanggup ‘mengemis’ sokongan DAP, biarpun itulah parti yang beliau anggap rasis dan cauvinis.

Terlalu ramai ‘badut politik’ dalam Pakatan Harapan yang membangkitkan sesuatu isu bukan kerana menegakkan kebenaran tetapi sekadar mahu meraih sokongan politik memandangkan mereka sudah benar-benar ter­desak untuk memenangi PRU-14.

Apabila mereka tahu laluan semakin sukar akibat kerjasama mereka yang cacamarba dan tiada arah tuju, mereka membangkitkan pula soal BN akan menipu dalam PRU-14. Kalau betul BN mahu menipu, kenapa perlu tunggu PRU-14 sedangkan situa­si PRU 2008 dan 2013 lebih getir termasuklah politik perkauman yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan?

Malang sekali salah seorang yang membuat tuduhan itu ialah Dr. Mahathir. Ketika beliau berkuasa dahulu itulah tuduhan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan setiap kali menjelang pilihan raya.

Tujuannya adalah untuk me­wujudkan persepsi kononnya BN akan menggunakan taktik kotor untuk mempertahankan kuasa dalam PRU-14. Puak-puak Pakatan Harapan sebenarnya tidak mahu bermuhasabah kenapa mereka akan kalah dalam pilihan raya itu.

Ia bukan soal menipu atau tidak, tetapi soal pakatan tersebut tidak ada kredibiliti, integriti dan maruah politik. Kalau mereka ada kredibiliti, mereka tidak akan menerima Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri kerana ini membuktikan mereka tidak memiliki pemimpin berwibawa menduduki jawatan itu.

Mereka juga tidak layak bercakap soal integriti kerana apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor telah mengesahkan mereka tidaklah sehebat mana apabila ada kuasa. Dan kalau mahu bercakap soal maruah politik pula, sebahagian besar pemimpin Pakatan Harapan khususnya daripada PPBM sudah ‘menggadainya’.

Kalau ada maruah politik mereka tidak akan membuat penga­kuan terdesak kononnya menyesal menggunakan isu perkauman ketika berada dalam UMNO dan kini memuji DAP, sedangkan dahulu DAP dianggap parti cauvinis dan rasis. Tetapi apa boleh buat itulah ‘badut politik’.

Mereka bersedia ‘menggadai maruah politik’ bila-bila masa sahaja asalkan agenda mereka tercapai. Malang sekali bagi Ma­laysia kerana mempunyai se­gerombolan pemimpin-pe­mim­pin politik seumpama itu.

Dan paling mendukacitakan seorang pemimpin berusia 93 tahun dan pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun serta amat mengetahui perangai pe­mimpin-pemimpin Pakatan Harapan turut sanggup merendahkan martabatnya dengan menjadi ‘badut politik’.

Melihat beliau berada sepentas, berpeluk dan menjulang tangan bekas-bekas musuh politiknya seolah-olah satu mimpi kerana rakyat amat mengetahui betapa dahsyatnya perbalahan politik mereka satu ketika dahulu sehingga ada yang digambarkan sebagai rasis dan ada pula disifatkan tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana masalah moral.

Tetapi itulah politik. Apabila perasaan kemaruk untuk berkuasa sudah tidak mampu dikawal maka yang bertaraf negarawan pun bersedia menjadi ‘badut politik’, apatah lagi yang sekadar menjadi ahli Parlimen.

Zulkiflee Bakar
Utusan
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top